Faezah Elai Syukur Penampilan Tudung Labuh Jadi Ikutan

Hiburan

Faezah Elai Syukur Penampilan Tudung Labuh Jadi Ikutan

Mempunyai cara tersendiri dalam berpakaian mengikut ajaran agama sebagai muslimah yang sejati, pelakon Faezah Elai yang sering menggayakan tudung labuh luah rasa syukur apabila ramai dalam kalangan pengikutnya mula bertudung labuh selepas melihat penampilannya yang sopan dan patuh syariah.

faezah elai tudung labuh

Advertisement

Namun demikian, dirinya tetap berasa bimbang dan terkilan apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan koleksi tudung dengan menggunakan namanya tanpa kebenaran sebagai salah satu teknik melariskan produk jualan mereka.

“Tapi disebabkan ramai sangat DM saya tanya macam mana nak jadi ejen atau stokis tudung Faezah Elai, saya nak beritahu saya tak ada bisnes tudung yang kamu nak jadi stokis tu.”

faezah elai tudung labuh

Faezah juga sempat menyatakan bahawa dirinya menerima pelbagai aduan mengenai penipuan tudung yang dibeli oleh pelanggan sehingga memaksa dirinya tampil untuk momohon para peniaga untuk tidak menggunakan namanya kerana bimbang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembeli.

“Janganlah letak tudung Faezah Elai sebab saya tak keluar tudung pun, kesian orang kena tipu.”

faezah elai tudung labuh

Bagaimanapun, dirinya tetap bersyukur kerana penampilannya menjadi ikutan dan contoh buat wanita di luar sana. Hal ini kerana, beliau bertudung labuh kerana mahu memakainya mengikut ajaran Islam yang sempurna dan menafikan kehendak untuk menjual tudung.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...