Faezah Elai Tak Kenal Pelakon Baru, Persoal Niat Ceburi Dunia Seni – “Dia Ingat Seronok Sangat Ke Jadi Pelakon?”

Hiburan

Faezah Elai Tak Kenal Pelakon Baru, Persoal Niat Ceburi Dunia Seni – “Dia Ingat Seronok Sangat Ke Jadi Pelakon?”

Ekoran terlalu banyak lambakan pendatang baru dalam industri, pelakon Faezah Elai mula selektif untuk muncul dalam mana-mana naskah.

Menurut sumber, Faezah atau nama lengkapnya Noor Faezah Md Elai mempunyai pandangan peribadi mengenai hala tuju pelakon masa kini yang dilihat tidak relevan dalam dunia hiburan.

Advertisement

faezah elai

Saya bukan tak nak berlakon cumanya zaman sekarang saya lihat terlalu ramai pelakon baru. Dulu, kita senang ingat wajah dan nama pelakon, tetapi zaman sekarang agak susah kenal pasti sebab terlalu ramai.

 

Saya lihat pelakon baru sekarang mereka cepat datang dan hilang juga cepat. Ini juga berkait rapat soal kualiti, sebab tu lihat ramai yang hilang selepas dua tiga tahun muncul.

Berkongsi lanjut, Faezah turut mempersoal tujuan asal pendatang baru yang menceburkan diri dalam industri seni.

faezah elai

Mungkin segelintir pendatang baharu ini mahu berlakon disebabkan mahu ‘glamour’, dia ingat seronok sangat ke jadi pelakon?

 

Kalau zaman awal pembabitan saya dalam industri perlu berlakon banyak drama dan beratus episod, barulah orang ramai akan kenal kita melalui bakat. Zaman sekarang awak menari dah boleh jadi pelakon.

Pelakon itu juga tidak menafikan situasi tersebut memberi kesan dan merosakkan imej industri tempatan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Kamal Adli tegur pelakon baru
2025-06-16 13:48:20

"Dah Lah Tak Baca & Faham Skrip, Jumpa Senior Tak Tegur Pula" - Kamal Adli Tegur Pelakon Baru, Asyik Main 'Phone' Dekat Set

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...