Faezah Elai OOTD Warna Bendera Pulau Pinang Gara-Gara 3 Bulan Tak Balik Kampung

Hiburan

Faezah Elai OOTD Warna Bendera Pulau Pinang Gara-Gara 3 Bulan Tak Balik Kampung

Macam-macam gelagat artis dapat dilihat ketika sambutan bulan Syawal tahun 2020 gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diunjurkan kerajaan baru-baru ini.

Akibat tidak dapat pulang ke kampung yang terletak di Pulau Pinang, pelakon Faezah Elai tampil menggayakan busana bertemakan warna bendera kampung halamannya yang dirindui.

Advertisement

Memakai baju bermotifkan warna kuning dan biru, baginya itu merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri seolah-olah berada di kampung halaman.

“Haa, ni namanya bendera Pulau Pinang..akibat 3 bulan tak balik Penang sampai tak perasan boleh pakai baju serupa bendera dah.”

Peminat yang mengikuti perkembangan Faezah Elai di Instagram itu memberi komen tertarik akan gaya yang ditampilkan beliau.

Ada yang menyamakan baju Faezah seperti susu pisang Nilofa dan karakter kartun Minions.

Terdahulu, pelakon cantik ini ada memuat naik video parodi balik beraya sempena PKP bersama ahli keluarganya yang lain. Ini berikutan kerajaan melarang warga kota supaya balik beraya dalam usaha mengekan wabak pandemik Covid-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...