Isu pelakon Faezah Elai yang didakwa ‘body shaming’ menyindir bentuk fizikal wanita yang mewakili Nur Fazura untuk menerima trofi di Anugerah Telenovela 2018 menjadi bualan hangat netizen sejak semalam.
Kenyataan Fazura yang menyelar tindakan Faezah itu turut mendapat sokongan daripada beberapa netizen yang mengatakan Faezah agak lancang dalam berkata-kata dan bergurau tidak kena pada tempatnya. Tidak seharusnya seorang wanita turut menjatuhkan maruah wanita lain di khalayak ramai.
Menerusi akaun Instagramnya, Faezah nampaknya tidak berdiam diri dan ada memuat naik kenyataan balas berhubung isu panas ini. Beliau mempersoalkan bahagian ayat mana yang beliau ada mengutuk fizikal wakil berkenaan.
Faezah turut menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memalukan sesiapa dan memohon maaf sekiranya lawak beliau itu membuatkan wakil Fazura itu terasa hati.
Pada masa yang sama, Faezah menafikan dirinya sengaja ingin mencari publsiti kerana sudah tidak ‘laku’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.