Hantaran video yang dikongsikan pelakon Faezah Elai memaparkan gelagatnya bersama suami dan anak-anak telah mencuri perhatian netizen.
Menerusi hantaran TikTok itu, Faezah atau Noor Faezah Md Elai telah emuat naik video di mana mereka sekeluarga mengikut trend ‘ Hari Yang Mantap” menggunakan lagu penyanyi Indonesia, mendiang Gusti Irwan Wibowo.
Nak try jugak la trend ni. Alang-alang dah duk dalam jam.
@faezahelai Nk try jugak lah trend ni.. 😂🤣 Alang2 dh dok dlm jem . #hariyangmantap #faezahelai @Heykal Hanifah ♬ Hari Yang Mantap – Gusti Irwan Wibowo
Menjengah ruangan komen, nampaknya hal lain pula yang netizen tegur dan rata-ratanya memberi respon memuji suami Faezah iaitu pengarah, Heykal Hanifah kelihatan semakin kacak pada usia 50-an.
Suami Faezah semakin berumur makin kacak.
Dalam pada itu, segelintir individu memuji kecantikan dua anak perempuan pasangan tersebut selain ada yang turut memuji mereka anak beranak yang begitu sporting.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.