Faezah Elai Gembira Lihat Ramai Wanita Berubah Pakai Tudung Labuh

Hiburan

Faezah Elai Gembira Lihat Ramai Wanita Berubah Pakai Tudung Labuh

Menzahirkan rasa gembira selepas mengetahui ramai dalam kalangan wanita khususnya pengikutnya di laman Instgaram mula mengikuti gaya tudung labuh yang dipakainya, pelakon Faezah Elai berharap agar semua orang terus beristiqamah dalam menutup aurat.

Faezah Elai Gembira Lihat Ramai Wanita Berubah Pakai Tudung Labuh

Advertisement

Keterujaannya itu membuatkan beliau tidak mampu menggambarkan perasaannya dengan kata-kata selepas membaca komen yang dititip oleh pengikutnya di platform tersebut.

“Ya Allah serius korang ikut cara saya pakai tudung? Tiada perkataan untuk saya gambarkan perasaan selepas membaca komen-komen anda semua. Terima kasih dengan ucapan. Alhamdulillah mari lakukan ini. Kita istiqamah sama-sama. Sayang semua.”

Menerusi perkongsian yang sama, Faezah khabarnya turut berkongsi sebuah akaun Instagram (IG) yang mendedahkan mereka menjadi saksi melihat golongan wanita mengenakan hijab dengan cara yang betul.

Faezah Elai Gembira Lihat Ramai Wanita Berubah Pakai Tudung Labuh

“Kami di Proper Hijab menyaksikan sendiri betapa ramainya yang mula berubah ke tudung labuh asbab Faezah Elai. Mungkin biasa bagi org lain tapi luar biasa bagi kami. Betapa banyaknya pahala berterusan yang mengalir buat dia.”

Malah, Faezah juga difahamkan tidak menolak bahawa setiap individu itu mempunyai cara dakwah yang berbeza-beza.

Faezah Elai Gembira Lihat Ramai Wanita Berubah Pakai Tudung Labuh

“Cara dakwah setiap manusia berbeza-beza. Ini lah dakwah seorang Faezah Elai. Membuatkan lebih ramai berani bertudung labuh.”

Sekadar informasi, Faezah merupakan antara barisan artis yang sentiasa dipuji netizen kerana berpenampilan sopan selain mengenakan tudung labuh. Selain Faezah, figura popular Mizz Nina serta Diana Amir juga antara yang sering diketengahkan dan menjadi inspirasi buat wanita Muslimah di luar sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...