Pelakon, Faezah Elai meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang mengaitkan namanya ketika bercakap tentang hal rumah tangga selebriti lain di media sosial.
Menerusi Threads, nama pelakon berusia 42 tahun itu telah disebut oleh individu tersebut mengatakan tentang selebriti Malaysia yang ‘plastik’.
Artis Malaysia acah acah terkejut eh tengok Threads. Semua plastik. Memang betul la banyak plastik artis Malaysia ni.
View this post on Instagram
Individu itu kemudian mendakwa Faezah Elai ‘panas’ selepas dia pernah ditegur oleh aktres wanita tentang hal ‘body shaming’ suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, isteri kepada pengarah Heykal Hanifah itu tidak berdiam diri dan menyelar kenyataan tersebut dan meminta netizen tidak ‘memetik’ namanya.
Korang kalau nak meroyan atau obses dengan artis, jangan petik nama aku. Aku tak pernah berminat nak amik tau hal rumah tangga orang bukan macam korang. Pergi jaga laki sendiri takyah kalut hal orang.