Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Faezah Elai Akui Seronok Duduk Flat, Netizen Puji Tak Segan Mengaku Asal Usul

Mengimbau kenangan lamanya sewaktu membesar di sebuah rumah jenis pangsa kos rendah di Pulau Pinang, pelakon jelita Faezah Elai akui kehidupan sebagai ‘budak flat’ sebenarnya cukup meriah lebih-lebih lagi apabila setiap kali tibanya musim perayaan.

faezah elai budak flat

Advertisement

Faezah juga dilihat seakan tidak segan menceritakan kembali kisah yang sering terjadi ketika menetap di kediaman tersebut.

“Saya budak flat. Flat Taman Tun Sardon Penang. Siapa balik flat raya baru ni? Duduk flat ni meriah woo! Terutamanya masa raya. Kalau ada yang bergaduh laki bini, memang satu flat boleh dengar.”

Tambah Faezah,  kehidupan di flat juga membuatkan dirinya sering berdepan dengan pelbagai ragam manusia khususnya jiran-jiran sekeliling. Bahkan, situasi itu secara tidak langsung membuatkan dia mula belajar menjadi ‘mami jarum’ sebenar.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by faezahelai (@faezahelai)

“Saya dan kakak dengan bedak sejuk tepek kat muka, duduk cangkung di tepi tangga dengar mereka bergaduh..pasal apa tak tahu, lupa dah. Saya punya ‘bawanglah’ ketika itu. Kamilah mami jarum sebenar.”

faezah elai budak flat

Bagaimanapun, perkongsian Faezah mengenai kehidupannya membesar di flat itu turut menerima reaksi positif dalam kalangan pengikut di laman Instagram. Malah ramai peminatnya juga seakan memuji tindakan Faezah yang tidak segan mengakui asal usul dirinya biarpun kini boleh dikategorikan sebagai insan yang berjaya dalam industri hiburan.

Untuk rekod, Faezah telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Heykal Hanifah pada September 2011. Hasil eprkongsian hidup tersebut, pasnagan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama