Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Berita

Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Lain Pada Siti Sarah

Fadzilah Kamsah

Tahap oksigen dalam badan Siti Sarah dikatakan semakin merosot hingga ke paras 40 peratus pada 8 malam semalam. Menurut pandangan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah mendakwa yang ianya mungkin disebabkan gangguan paranormal lain di Unit Rawatan Rapi (ICU) berkenaan.

Siti Sarah

Advertisement

Selepas bacaan Yasin dan doa selamat yang dianjurkan bagi memohon kesembuhan Sarah semalam, Dr Fadzilah juga menasihati Shuib untuk meminta kebenaran pihak hospital dengan membuka bacaan ayat-ayat Ruqyah di katil Sarah. Beliau berkata demikian kerana dapat merasakan ada gangguan lain yang menggangunya disana.

Menurut laporan mstar, Dr Fadzilah juga meminta orang ramai untuk tengok gambar Sarah sambil membacakan surah Al-Fatihah atau baca apa-apa doa lain.

Kemudian hembuskan kepada gambarnya dengan niat supaya Allah dapat menyembuhkannya. Mana tahu dalam banyak-banyak orang yang buat, salah seorang daripadanya Allah makbulkan doanya.

Shuib juga diminta untuk berjumpa dengan bayi yang baru saja dilahirkan Sarah beberapa hari lalu agar menyentuhnya dan berdoa agar 100 peratus cepat kuat dan sihat kerana itulah terapi yang paling mustajab.

Apapun, semoga Shuib sekeluarga kuat dan tabah hadapi dugaan ini. Diharapkan juga agar Siti Sarah kembali sihat seperti sedia kala, Amin.

SUMBER : mstar
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. anonymous

    August 9, 2021 at 10:43 am

    apa lah tokoh agama macam ni kah percaya tahyul

  2. xxx

    August 9, 2021 at 9:55 am

    alahai dato… x perlulah keluarkan statement macam ni. benda2 ni bukan dekat icu je ada, di wad2 biasa pon ada, kat luar hospital pon ada. lainlah kalau semua pesakit yg masuk dalam icu tersebut confirm berakhir dengan kematian. cukuplah sekadar mengingatkan shuib untuk terus berdoa atau ruqyah. kita memang da sedia tau risiko arwah untuk dapat covid category 4 – 5 sangat tinggi sebab arwah pregnant trimester ke 3. fungsi paru2 x seoptimum paru2 biasa. tapi, apa2 pun, arwah mati syahid… semoga allah kuatkan semangat shuib dalam membesarkan anak2 & semoga baby cepat sihat. amin.

  3. X-ray

    August 9, 2021 at 9:06 am

    Memang la paranormal. Malaikat dah tunggu. Statement mcm ni buat org balik pada kepercayaan kuno je cari tukun.

    • Anonymous

      August 9, 2021 at 10:22 am

      Tukun pon tukun lah…..

    • Anonymous

      August 9, 2021 at 10:56 am

      Haila

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top