Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Lain Pada Siti Sarah

Berita

Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Lain Pada Siti Sarah

Tahap oksigen dalam badan Siti Sarah dikatakan semakin merosot hingga ke paras 40 peratus pada 8 malam semalam. Menurut pandangan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah mendakwa yang ianya mungkin disebabkan gangguan paranormal lain di Unit Rawatan Rapi (ICU) berkenaan.

Siti Sarah
3 years ago

Keadaan Kurang Stabil, Siti Sarah Masuk ICU

Siti Sarah

Advertisement

Selepas bacaan Yasin dan doa selamat yang dianjurkan bagi memohon kesembuhan Sarah semalam, Dr Fadzilah juga menasihati Shuib untuk meminta kebenaran pihak hospital dengan membuka bacaan ayat-ayat Ruqyah di katil Sarah. Beliau berkata demikian kerana dapat merasakan ada gangguan lain yang menggangunya disana.

Menurut laporan mstar, Dr Fadzilah juga meminta orang ramai untuk tengok gambar Sarah sambil membacakan surah Al-Fatihah atau baca apa-apa doa lain.

Kemudian hembuskan kepada gambarnya dengan niat supaya Allah dapat menyembuhkannya. Mana tahu dalam banyak-banyak orang yang buat, salah seorang daripadanya Allah makbulkan doanya.

Shuib juga diminta untuk berjumpa dengan bayi yang baru saja dilahirkan Sarah beberapa hari lalu agar menyentuhnya dan berdoa agar 100 peratus cepat kuat dan sihat kerana itulah terapi yang paling mustajab.

Apapun, semoga Shuib sekeluarga kuat dan tabah hadapi dugaan ini. Diharapkan juga agar Siti Sarah kembali sihat seperti sedia kala, Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...