January 22nd, 2018

Isu penahanan Datuk Farid Kamil baru-baru ini memberikan impak yang agak besar kepada kehidupannya. Sehingga hari ini, masih ramai lagi yang mengkritik dan melemparkan kata-kata negatif terhadap beliau. Persoalan yang selalu ditimbulkan, bagaimana pelakon yang boleh dikatakan dalam kelas A boleh terjebak dengan najis dadah apatah lagi beliau juga baru sahaja dianugerahkan darjah kebesaran oleh Sultan Pahang.

Adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang tidak henti menyokong abangnya berkata,  beliau tidak boleh menghalang masyarakat untuk terus bercakap mengenai isu Farid.  Apa yang penting, mereka sekeluarga tahu perkara yang sebenar.

Setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza. Saya tidak boleh nak halang mereka kerana ia hak masing-masing. Malah, ia menjadi pilihan mereka juga untuk memberi komen positif atau negatif. Dalam perkara ini, saya tidak mahu ambil pusing mengenai apa yang diperkatakan. Cakaplah apa pun. Apa yang penting, keluarga tahu perkara sebenar.

Ketika ini, Farid difahamkan sedang menjalani beberapa rawatan untuk memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk menenangkan fikiran.

Sumber Berita : Harian Metro


67 responses to “Fadzil Zahari Tidak Salahkan Masyarakat Terus Komen Negatif Tentang Farid Kamil”

  1. ngeh says:

    ingatkan farid kamil paling ensom dlm adik beradik, rupanya paling x lawo.

  2. puteri umno says:

    penagih2 sesuai dihantar lawan puak isis kt syria tu..ataupon israel je. buang masa pada negara saja. x bawa hasil ..

  3. wekkkkkkk says:

    sbb utama adalah merokok, dri merokoklah akan terjebk dgn benda ni. Sbb tu contoh satu je aku ckp, kalau kamu nk amek polisi insuran yg baru (baru nk amek) perkara utama mereka tanya..”anda merokok”..kalau anda kata “ya”…ssh nk approved polisi insuran tu. Byk keburukan pada merokok, apatah lagi jika ganja di letak dlm rokok gulung, fit di sedut dgn rokok, ada api kt bwh guna kertas rokok…bukankah itu “perokok” yg slah gunakan rokok.

    Jgn Merokok Buruk Padahnya..Rokok lebih mahal dri beras Super Tempatan.

  4. syafie says:

    bila seorang lelaki x pikir panjang. nama famili ko jugak busok.
    apa punya bapak la..hish!

Loading...