Fadzil Zahari Nekad Enggan Lagi Buat ‘Troll’ Di Media Sosial, Mohon Maaf Jika Ada Yang Terasa

Hiburan

Fadzil Zahari Nekad Enggan Lagi Buat ‘Troll’ Di Media Sosial, Mohon Maaf Jika Ada Yang Terasa

Pelakon, Fadzil Zahari memaklumkan dia nekad untuk berhenti dari membuat ulasan atau ‘troll’ di media sosial berhubung isu-isu semasa.

Difahamkan, Fadzil meluahkan keinginannya itu menerusi sebuah video di Instagram sekaligus mengundang pelbagai respon daripada warga maya.

Advertisement

Adik kepada pelakon sensasi Farid Kamil itu juga turut memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati atau terjejas dengan tindakannya sebelum ini.

Saya Fadzil Zahari sempena hari yang baik ini. Saya nak mintak maaf kepada siapa-siapa saja yang pernah terasa hati, sakit hati, tak suka pada saya terutamanya ‘posting’ yang saya buat ‘content’.

Contoh saya buat editing video, saya buat editing gambar, ada terasa hati. Saya nak minta maaf terus dari saya kepada anda.

Katanya lagi, dia mengambil keputusan untuk berhenti ‘troll’ dan mengakui sudah lama tidak aktif di media sosial.

Kalau tengok saya pun dah tak aktif berapa lama dah. Sebab duk fikir panjang, lama juga la duk fikir, masa buat ‘posting’ tu kita rasa biasa saja, tapi bila kita baca balik komen-komen tu, mungkin aku ada salah sini, salah situ.

Jadi saya nak ambil peluang ini, nak minta maaf pada semua, untuk sesetengah individu mungkin kalau saya ada nombor untuk dihubungi, saya akan whatsup mereka secara terus ataupun saya akan DM terus untuk minta maaf la.

Insyallah, lepas ni, saya akan berusaha untuk mengelak hantaran sedemikian yang boleh buat orang terasa hati.

Tonton video penuh di bawah:

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ajak shiro hadiahkan ebby yus restoran
3 days ago

Niat Kongsi Rezeki, Ajak Shiro Hadiahkan Cawangan Restoran Buat Ebby Yus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...