Fadlan Hazim Dedah Alami Masalah Kesihatan Mental

Hiburan

Fadlan Hazim Dedah Alami Masalah Kesihatan Mental

Mendedahkan dirinya mengalami masalah kesihatan mental, pelakon Fadlan Hazim mengakui telah menyembunyikan perkara itu dan mengelak mendapatkan rawatan secara profesional sejak zaman remajanya lagi.

fadlan hazim masaah mental

Advertisement

Menurutnya, Fadlan kini dikhabarkan seakan memberi gambaran bahawa dirinya akan mendapatkan rawatan profesional dalam masa terdekat.

“Saya sudah sembunyikan tentang masalah kesihatan mental yang dialami, dan mengelak untuk mendapatkan rawatan secara profesional sejak zaman remaja dahulu.”

Pendedahan itu dilakukan sendiri oleh Fadlan menerusi perkongsian di laman Instagramnya baru-baru ini.

“Saya ingat saya baik-baik sahaja, betapa bodohnya saya, sekarang tiba lah masanya, doakan yang baik-baik untuk saya.”

Menjengah ke ruangan komen, entri yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani kata-kata positif daripada pengikutnya. Ramai dalam kalangan peminat Fadlan dilihat mendoakan agar urusan pelakon tampan itu dipermudahkan oleh Ilahi.

fadlan hazim masaah mental

Malah, wujud juga segelintir pihak turut menzahirkan ucapan buat Fadlan untuk terus kuat mengharungi segala ujian yang menimpa dirinya.

Untuk rekod, biarpun namanya agak suram di persada seni tempatan, namun bakat lakonannya tidak boleh disangkal lagi. Hal ini kerana, Fadlan pernah membintangi filem pecah panggung Sangkar dan beberapa lagi filem tempatan lain antaranya Banglo Berkunci dan Jibam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...