Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak seharusnya bersikap defensif berhubung kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir, memetik Awani.
Beliau menekankan bahawa ibu bapa berhak mengetahui dan mendapat jaminan keselamatan anak-anak mereka di sekolah.
“Saya harap Menteri Pendidikan juga tidak perlu defensif dalam perkara ini kerana ini adalah soalan asas… soal keselamatan anak-anak di sekolah,” katanya ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Nik Nazmi turut menyambut baik komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk memastikan siasatan telus dilakukan bagi menjawab pelbagai persoalan mengenai kes Zara Qairina.
Beliau menekankan bahawa isu buli perlu ditangani secara menyeluruh dan tidak hanya menumpukan kepada pencapaian akademik, sebaliknya menjamin persekitaran selamat bagi murid di sekolah.
Kita tidak boleh menuding jari kepada ibu bapa yang buat spekulasi atau apa sahaja. Paling penting kita tunjukkan bahawa kerajaan akan ambil tindakan yang serius dalam soal ini dan tidak memperkecilkan kebimbangan yang disuarakan masyarakat di luar sana.
Kisah Zara Qairina mendapat liputan meluas, sama ada daripada media arus perdana mahupun warga maya, khususnya apabila jenazahnya dikeluarkan semula 23 hari selepas dikebumikan menerusi proses gali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama di Sipitang, Sabah.
JSJ Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Zara Qairina – PDRM Tegaskan Komitmen Telus dan Profesional
Pelajar Tingkatan Satu itu ditemui tidak sedarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha di Papar pada 16 Julai dan meninggal keesokannya di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.