February 17th, 2020

Sekian lama bersama mengharungi segala suka dan duka, tentu sekali Achey dan Fad terasa begitu sedih dengan pemergian arwah Abam. Kehilangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, cuma hati rapuh yang menangis.

fad achey

Lebih menyayat hati apabila Fad, tidak dapat bertemu buat kali terakhir dengan sahabatnya itu kerana dia berada di Jepun bersama keluarganya.

Namun, ada netizen yang mengkritik video tangisan Achey dan Fad yang dirakam dan dimuat naik di Instagram tidak seharusnya dilakukan. Nampak sedikit “murahan” apabila meratap sebegitu.

fad achey

Tampil menjawab kritikan tersebut, Fad berkata mereka bukan merintih atau meratap dengan kematian Abam tetapi berkongsi kenangan bersama arwah kerana terlalu rindu.

Kami bukan merintih atau meratap, malah tak paksa blog atau mana-mana media untuk memuat naik sebarang entri mengenai apa yang kami kongsikan.

fad achey dikritik ratapi pemergian abam

Kalau mereka kongsi bermakna mereka turut merindui akan kenangan dengan arwah. Kami kongsi kenangan dengan arwah pun sebab kami rindu. Kalau tak suka boleh sekat atau ‘unfollow’ kami. Lagi elok daripada dapat dosa sia-sia. Saya tiada niat marah atau benci. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah.

Pemergian Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar yang meninggal dunia selepas mengalami demam panas selama beberapa hari, merentap separuh jiwa dua rakan seperjuangannya itu yang sudah dianggap seperti adik beradik sendiri.

abam bocey

Terdahulu, Fad dan Achey berhasrat mahu mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang sudah diterima Abam secara percuma untuk membantu keluarga arwah.

Sumber Berita : Harian Metro


4 responses to “Fad Dan Achey Dikritik Ratapi Pemergian Abam”

  1. Anonymous says:

    sorry… masa arwah mak aku meninggal, aku tak pernah update apa2 kt soc-med. setahun aku tak update apa2. tak perlukan simpati orang untuk doakan mak aku. kalau rasa sedih sangat, sedekahkan yassin dan bacaan al-quran untuk arwah. bukan meratap kt soc-med.

  2. MAKCIK BAWANG KUASA 17 says:

    LOL.. CUBALAH KAU MANUSIA FIKIR TU KASI POSITIF SIKIT. DORANG TU ARTIS. KAU TU SIAPA? KAU NANGIS² ADA KA PEMINAT KAU NAK AMIK TAU? DORANG MENGHEBAH MELALUI IG SUPAYA SEMUA PEMINAT TAHU, YANG ARWAH ABAM DAH TAK DE. MOHON SAMA² DI DOAKAN ARWAH DI TEMPATKAN DI KALANGAN BERIMAN. BUKANNYA NAK MINTAK NAIK VIEWS. APA KE BODOH NETIZEN SEKARANG NI? BAHALOL TAK BOLEH BAWAK BINCANG. BENDA MACAM INI PUN TAK BOLEH FIKIR.

    TAK KAN LAH KAU NAK MASUK TANDAS BERAK KAU NAK BAGITAU, PERTAMA KAU KENA JALAN 17 LANGKAH PEGI TOILET, PULAS TOMBOL PINTU, MASUK TOILET TUTUP PINTU. LEPAS TU BUKA SELUAR, BERAK. CEBOK, FLUSH, PAKAI SELUAR BALIK , CUCI TANGAN DAN KELUAR DARI TOILET.

    TAKKAN LAH BENDA SIMPLE MACAM NI PUN TAK BOLEH FIKIR NETIZEN OOOOIIIII…ADUHAI~

    KAU CAKAP DIA MENANGIS² UPDATE KAT IG. 1 MASA ORANG PALING KAU SAYANG PERGI TINGGALKAN KAU, POTONG KEPALA LA KALAU SEKALIPUN KAU TAK PERNAH UPDATE STATUS2 SEDIH KT IG KE KT FB KE KT MANA² MEDIA SOSIAL KE MENGENANGKAN ORANG YANG KAU SAYANG TU DA PERGI NGADAP TUHAN.

    JANGAN MUNAFIK NETIZEN OOOIII..

  3. Kiah says:

    Ingatkan aku sorang je yg perasan . Xpaham kenapa nk kena buat video menangis2 pastu post dkt IG. Tahu la sedih, tp blh plk dok record diri sendiri sambil nangis. Nak naikkan viewers ke ape??

  4. yummy says:

    betul…dah nampak macam menunjuk..berlebih-lebih

Leave a Reply to yummy Cancel reply

Loading...