Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa platform Facebook dianggarkan telah meraih pendapatan pengiklanan antara USD15 bilion hingga USD20 bilion (USD1 = RM4.25) di rantau ASEAN sepanjang tahun lalu.
Libatkan iklan scam dan judi
Memetik laporan Bernama, beliau berkata jumlah besar ini turut melibatkan iklan yang mengandungi unsur penipuan dan perjudian dalam talian, satu perkara yang membimbangkan pihak berkuasa.
Tambah Fahmi, angka ini diperoleh daripada lebih 670 juta pengguna di seluruh ASEAN yang aktif menggunakan Facebook, menjadikannya antara platform paling dominan dari segi capaian dan pulangan iklan digital di rantau ini.
Ini masalah yang kita hadapi, banyak iklan yang mereka sajikan adalah iklan scam mengatakan kononnya ada pelaburan, kononnya ada produk magical yang boleh dibeli pada harga yang sangat murah. Tiada kawalan dari segi ini.
Beberapa minggu lepas, pasukan saya telah mengenal pasti aktiviti penjualan dadah dan vape dalam group Facebook.
Facebook tak bagi kerjasama
Menurutnya, sehingga kini Facebook masih belum memberikan kerjasama terhadap pelesenan platform media sosial yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan awal tahun ini.
Mereka sampai sekarang belum lagi mahu dilesenkan melalui sistem pelesenan yang telah kami umumkan. Mereka enggan beri kerjasama dalam beberapa perkara.
Pada 1 Januari yang lalu, kerajaan secara rasmi telah menguatkluasakan pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna serta memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.
Usaha kerajaan tidak terhenti di situ apabila Parlimen telah meluluskan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 pada Disember lepas, yang bakal dikuatkuasakan dalam masa terdekat.
Dengan adanya OnSA yang akan kita kuatkuasakan, platform seperti Facebook wajib patuh.
Masalah seperti group Facebook pedofil, child sexual abuse material (bahan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak) wajib dihapuskan dari platform ini dan mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.