Facebook Digodam Lagi, Ini Langkah Berjaga-jaga Yang Boleh Anda Ambil

Trending

Facebook Digodam Lagi, Ini Langkah Berjaga-jaga Yang Boleh Anda Ambil

Awal tahun ini kita dikejutkan dengan gerakan #deletefacebook oleh netizen kerana keputusan Facebook untuk bekerjasama dengan Cambridge Analytica.

Advertisement

Kali ini, sekali lagi masalah menimpa syarikat media sosial gergasi ini apabila saham mereka jatuh sebanyak 3% Jumaat lalu selepas jaringan sosial media ini mendedahkan bahawa mereka telah digodam awal minggu ini.

Kesilapan yang dilakukan mereka pada hari Selasa lalu, menyebabkan penggodam berjaya mengakses hampir 50 juta akaun pengguna Facebook.
Oleh sebab itu, pada Rabu yang lalu, seorang hacker dari Taiwan, Chang Chi-yuan, mengatakan bahawa dia dapat mengenal pasti bugs di Facebook dan akan membuat live stream bagaimana menggunakannya dan akan memadamkan akaun Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg.
Nampaknya, data anda sebagai pengguna media sosial semakin hari semakin tidak dapat dijamin keselamatannya. Maka, untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, anda perlu tahu cara bagaimana untuk memastikan data peribadi anda dapat dilindungi.
Kami sediakan beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh anda ambil untuk mengelakkan akaun media sosial dan data anda selamat.

Gunakan password yang selamat

Elak menggunakan password yang mudah diteka seperti nama, nama pasangan, atau tarikh lahir. Juga jangan gunakan gabungan dan susunan nombor yang sama seperti 1234 atau 6789. Password yang baik adalah terdiri dari gabungan huruf besar, huruf kecil dan nombor.

Beri perhatian kepada akaun anda

Sumber:Amir Azman

Sentiasa beri perhatian dengan keadaan akaun anda. Sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan seperti suspicious login dari negara lain ataupun device yang tidak dikenali, sila tukar password anda secepat mungkin untuk mengelakkan daripada akaun anda daripada diakses oleh hacker. Jangan pandang remeh sekiranya anda terima email berkaitan dengan suspicious activity atau suspicious login.

Mobile verification

Langkah ini sangat penting dan sangat berguna kerana ianya menambah satu langkah pengesahan untuk proses login ke Facebook. Walaupun ianya nampak sangat secure, tapi percayalah ianya masih belum cukup untuk menghalang dari Facebook/Fanpage dari digodam. Tetapi langkah ini sangat berguna untuk langkah yang seterusnya.

Jangan tekan link sesuka hati

Sumber:CSo

Phishing adalah satu term di mana anda terklik satu link palsu yang membuatkan segala maklumat anda diambil secara diam-diam. Biasanya phishing dilakukan melalui emel ataupun melalui blog palsu yang berniat untuk menjerat orang. Jadi hati-hati ketika melayari internet. Sekiranya anda masih ingin klik link tertentu tetapi ada rasa was-was, cuba klik link tersebut di dalam mode Private/Incognito.

Diharap tips ini dapat membantu menyelamatkan akaun media sosial anda.

Sumber: Business Insider

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...