Awal tahun ini kita dikejutkan dengan gerakan #deletefacebook oleh netizen kerana keputusan Facebook untuk bekerjasama dengan Cambridge Analytica.
Kali ini, sekali lagi masalah menimpa syarikat media sosial gergasi ini apabila saham mereka jatuh sebanyak 3% Jumaat lalu selepas jaringan sosial media ini mendedahkan bahawa mereka telah digodam awal minggu ini.
Gunakan password yang selamat
Elak menggunakan password yang mudah diteka seperti nama, nama pasangan, atau tarikh lahir. Juga jangan gunakan gabungan dan susunan nombor yang sama seperti 1234 atau 6789. Password yang baik adalah terdiri dari gabungan huruf besar, huruf kecil dan nombor.
Beri perhatian kepada akaun anda

Sumber:Amir Azman
Sentiasa beri perhatian dengan keadaan akaun anda. Sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan seperti suspicious login dari negara lain ataupun device yang tidak dikenali, sila tukar password anda secepat mungkin untuk mengelakkan daripada akaun anda daripada diakses oleh hacker. Jangan pandang remeh sekiranya anda terima email berkaitan dengan suspicious activity atau suspicious login.
Mobile verification
Langkah ini sangat penting dan sangat berguna kerana ianya menambah satu langkah pengesahan untuk proses login ke Facebook. Walaupun ianya nampak sangat secure, tapi percayalah ianya masih belum cukup untuk menghalang dari Facebook/Fanpage dari digodam. Tetapi langkah ini sangat berguna untuk langkah yang seterusnya.
Jangan tekan link sesuka hati

Sumber:CSo
Phishing adalah satu term di mana anda terklik satu link palsu yang membuatkan segala maklumat anda diambil secara diam-diam. Biasanya phishing dilakukan melalui emel ataupun melalui blog palsu yang berniat untuk menjerat orang. Jadi hati-hati ketika melayari internet. Sekiranya anda masih ingin klik link tertentu tetapi ada rasa was-was, cuba klik link tersebut di dalam mode Private/Incognito.
Diharap tips ini dapat membantu menyelamatkan akaun media sosial anda.
Sumber: Business Insider