Facebook Inc akan membeli aplikasi bimbit Whatsapp pada harga USD 19 bilion dalam bentuk tunai dan saham dalam satu persetujuan yang bakal meletakkan rangkaian sosial terbesar di dunia itu sebagai jiwa komunikasi mobil.
Ia juga juga dijangka bakal menarik minat pengguna yang lebih muda untuk menyertainya.
Transaksi ini bakal melibatkan wang tunai sebanyak USD 4 bilion, USD 12 bilion dalam bentuk saham dan USD 3 bilion dalam bentuk saham terhad.
Aplikasi Whatsapp diasaskan oleh seorang pendatang Ukrania yang tercicir dari kolej, Jan Koum dan seorang alumni Stanford, Brian Acton. Whatsapp telah mencapai 450 juta pengguna selepas lima tahun dilancarkan dan menambah sejumlah sejuta pengguna setiap hari. Menurut Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dalam satu sidang telefon beberapa jam lepas:-
Tiada siapa dalam dunia pernah melakukan sesuatu seperti ini.
Zuckerberg, yang diketahui ramai telah membeli sistem perkongsian foto Instagram pada tahun 2012 pada harga USD 1 bilion mendedahkan yang dia membuat persetujuan itu dengan Koum pada malam 9 Februari lepas.
Whatsapp ialah peneraju gelombang aplikasi permesejan berasaskan telefon pintar yang hangat di Amerika Utara, Asia dan Eropah. Fungsi utama Whatsapp dikekalkan untuk penghantaran mesej berasaskan teks, manakala aplikasi lain seperti Line dari Jepun dan WeChat milik Tencent Holdings Ltd menawarkan permainan dan e-perdagangan disamping ciri mesej yang popular.
Persetujuan ini memberikan Facebook akses untuk menarik pengguna baru, termasuk para remaja yang menjauhkan diri dari rangkaian sosial arus perdana dan lebih menyukai Whatsapp dan pesaingnya, yang mempunyai pengikut yang semakin ramai.
Bagaimana perkhidmatan ini bakal menjana pendapatannya masih belum dijelaskan.
Zuckerberg dan Koum tidak menyatakan apakah cara bagi aplikasi itu menjana pendapatan selain yang diketahui iaitu Whatsapp mengenakan caj USD 1 setahun selepas tahun pertama penggunaannya.
Begitu pun, mereka berjanji akan mengekalkan polisi ‘tiada iklan’ dalam Whatsapp walaupun ia kini dimiliki Facebook.
Laporan asal: Reuters