Facebook Alami Gangguan Besar Turut Terkesan Instagram Dan Whatsapp

Trending

Facebook Alami Gangguan Besar Turut Terkesan Instagram Dan Whatsapp

Gangguan kepada aplikasi ini menjadi perbualan hangat di twitter selepa rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di kesemua aplikasi tersebut gara-gara Facebook mengalami gangguan besar.

coverFb

Advertisement

Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah tiada posting terbaru yang dikesan di Facebook, Instagram dan Whatsapp.

Malah, bagi pengguna Whatsapp, ada antaranya yang tidak dapat menghantar foto dan video.

Malah, Facebook dan Instagram turut mengesahkan bahawa gangguan kali ini tiada kaitan dengan serangan DDos yang didakwa berlaku kepada mereka.

 

 

Bagaimanapun, gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.

Screenshot-2019-03-14-at-10-46-58
Walaubagaimanapun, isu ini juga terkena tempias di Malaysia apabila laporan diterima menyatakan gangguan berkenaan telah masuk jam kelima.

Rata-rata ramai yang tidak berpuas hati kerana Facebook menjadi satu alat komunikasi utama di ruangan sosial media

Sumber: Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...