Gangguan kepada aplikasi ini menjadi perbualan hangat di twitter selepa rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di kesemua aplikasi tersebut gara-gara Facebook mengalami gangguan besar.
Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lepas ialah tiada posting terbaru yang dikesan di Facebook, Instagram dan Whatsapp.
Malah, bagi pengguna Whatsapp, ada antaranya yang tidak dapat menghantar foto dan video.
We’re aware that some people are currently having trouble accessing the Facebook family of apps. We’re working to resolve the issue as soon as possible.
— Facebook (@facebook) March 13, 2019
We’re aware of an issue impacting people’s access to Instagram right now. We know this is frustrating, and our team is hard at work to resolve this ASAP.
— Instagram (@instagram) March 13, 2019
Bagaimanapun, gangguan kali ini dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector, laporan daripada pengguna di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah mencatatkan angka tertinggi setakat ini.

Rata-rata ramai yang tidak berpuas hati kerana Facebook menjadi satu alat komunikasi utama di ruangan sosial media
Sumber: Awani