Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Facebook Aaron Aziz Cecah 1 Juta Peminat, Bakal Jadi Dr. Love Dalam Radio Era Kelak

Fuh, 1 juta. Kalau tahun lepas Facebook Lisa Surihani berjaya mencapai angka keramat ini, kali ini Facebook Aaron Aziz telah join the millionaire list. Setakat entri ini ditulis, sudah 1,101,740 LIKE yang diterima. Mantap kan?
aaron aziz

Dan ada berita baik untuk mereka yang menggilai Aaron Aziz, menurut Kosmo, Aaron Aziz bakal mengendalikan segmen Dr. Love di radio Era tidak lama lagi. Kata Aaron:-

Advertisement

Saya ditugaskan mengendalikan slot bersama peminat itu setiap hari minggu dari pukul 9 hingga 10 malam. Melalui slot itu peminat boleh telefon dan berkongsi mengenai masalah hubungan cinta mereka kepada saya. Saya akan cuba menjawab apa yang ditanya mereka sebaik mungkin.

Abang Nara dapat bayangkan antara masalah yang bakal dikongsi oleh pendengar segmen Aaron Aziz kelak. Kemungkinan besar contoh perbualan seperti di bawah:-

Pemanggil: Abang Aaron Aziz, saya ada masalah la.
Aaron Aziz: Iye sila luahkan masalah anda. Dr. Love sedia membantu.
Pemanggil: Masalahnya saya dari dulu lagi dah jatuh cinta dengna Abang Aaron la. Camner nie bang?
Aaron Aziz: Oh itu bukan masalah. Itu namanya mencari masalah dengan bini saya.

Apa pun sejak menjadi artis naungan Astro ini, semakin banyak rezeki yang diterima oleh Aaron Aziz. Abang Nara sebenarnya tak sabar nak tunggu lakonan Aaron dalam KL Gangster 2. Nak tengok kesinambungan apa yang terjadi kepada Abang Long kita seorang ini.

P.S: 11 gambar banjir kilat di Kuala Lumpur minggu ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 Comments

  1. datin

    March 10, 2012 at 4:18 pm

    Aaron menyombong? Aaron ni orang dia jovial, peramah dan rendah diri.
    Dr Love, im in love wz u…. how??????

    • Bunohan

      March 10, 2012 at 5:49 pm

      apa salahnya dia cari rezeki kat Malaysia?..org Malaysia pun ramai yg cari rezeki kat Singapura..bumi tuhan..siapa2 pun boleh cari rezeki asalkan tidak melanggar peraturan dah..Soal dia sombong itu mgkn perasaan jer sbb anda bukanlah kenal rapat dgn Aaron..klu btl pun biarlah pasti trn nanti dia punya like..huhuhu

  2. Anonymous

    March 10, 2012 at 3:31 pm

    Ntah x minatla aron… perasan bagus je.. Taula dia dtg cari rezeki kat malaysia ni, x yahla menyombong sgt..

  3. Pingback: Facebook Aaron Aziz Cecah 1 Juta Peminat, Bakal Jadi Dr. Love Dalam Radio Era Kelak | HatiBlogger [dot] Com

  4. hehehe

    March 10, 2012 at 11:35 am

    pd aku lar kalo nak bg kaunselling nie elok lar org yg ada diploma atau degree dlm bidang psikologi mcm si sarimah aka kak mah tu ker…kalo org yg tak de ilmu dlm bidang nie ssh nak handle setakat nama glamour jer tkt nanti slh bg nasihat lain jdnye…

  5. yayazz

    March 10, 2012 at 11:08 am

    dah rezeki namanya smntara dok ngah naik ni la pluang yg ada at least bila da jatuh tak putih mata….tgk cam mawi te femes suma dy sapu now da out still kaya agy blh maintain agy..openla minda kowang sikit..artis pn manusia jgk cam kita ..keja dowang ada turun naik tak macam keje kita still maintain..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama