Ezzaty Keluarkan Kenyataan Itu Kerana Merajuk Saya Muat Naik Gambar Bersama Natasha – Azwan Kombos

Hiburan

Ezzaty Keluarkan Kenyataan Itu Kerana Merajuk Saya Muat Naik Gambar Bersama Natasha – Azwan Kombos

Beberapa hari lepas, hubungan  teman tapi mesra di antara Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah khabarnya sedang berantakan akibat orang ketiga. Malah, Ezzaty juga ada mengeluarkan kenyataan agar tiada sesiapa yang mengaitkan dirinya bersama Azwan lagi.

Advertisement

Memperjelaskan situasi sebenar, Azwan memberitahu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ezzaty berpunca daripada salah faham gara-gara beliau memuat naik foto bersama artis baharu MIG, Natasha Charmaine Rickson ketika sama-sama menghadiri KLFW 2015 baru-baru ini.

Saya ada baca kenyataannya itu tetapi saya tidak menyalahkannya kerana mungkin berkata demikian kerana masih marah dan merajuk ekoran saya memuat naik gambar bersama Natasha di Instagram.

Kami masih bersama sebagai kekasih cuma saya sedang berusaha memujuknya yang masih marah.

Tambah Azwan, beliau sama-sekali tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Natasha dan hanya berkongsi pengurus yang sama.  Malah, pertemuan  mereka berdua di KLFW 2015 hanya kebetulan sahaja.

Jujurnya Ezzaty tahu saya pergi ke FWKL tetapi tidak mengetahui saya hadir dengan siapa. Bagaimanapun pertemuan dengan Natasha bukan dirancang sebaliknya berlaku secara spontan. Dia adalah artis baharu dibawah MIG dan kami sama-sama berkongsi pengurus yang disediakan oleh pihak syarikat, hubungan kami sekadar teman artis sahaja.

Walaupun sebelum ini tidak pernah mengakui mereka sedang bercinta, Azwan bagaimanapun merasa selesa dengan Ezzaty dan sudah mempertemukan aktres tersebut bersama keluarganya. Buat masa ini, mereka berdua masih lagi mengenali hati budi masing-masing dan tidak mahu terburu-buru dalam percintaan.

Perempuan ini memang akan rasa cemburu kalau teman lelaki mereka bersama wanita lain, apa yang penting Azwan Kombos harus pandai ambil hati Ezzaty Abdullah dan memujuknya kembali. Sekarang lah masa untuk kenali perangai pasangan anda dengan lebih baik.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...