June 30th, 2016

Bakal mendirikan rumah tangga pada 16 Julai depan, pelakon Ezzaty Abdullah membuat keputusan untuk tidak bertemu dengan Azwan Kombos selama sebulan kerana ingin mengelak daripada sebarang perkara buruk.

Jelas Ezzaty, nenek dan ibunya banyak memberikan nasihat dalam mengekalkan perkahwinan yang bakal dibina nanti.

Kata orang, tidak elok berjumpa selalu ketika darah manis dan saya sendiri memang mahu mengelakkan kami daripada berjumpa pada saat-saat akhir sebelum dinikahkan. Maklumlah, macam-macam boleh jadi kalau jumpa selalu. Jadi, kami mahu elakkan sebarang perkara buruk yang boleh terjadi

Saya rasa, apabila orang tua memberi nasihat mengenai tips perkahwinan, kita perlu mengambil ilmu itu dengan serius kerana mereka lebih tahu mengenai asam garam rumah tangga. Saya harap segala nasihat yang diberi dapat saya laksanakan dengan baik.

Pasangan ini akan berkahwin pada sebelah pagi 16 Julai  di kediaman Ezzaty yang terletak di Bentong, Pahang. Majlis resepsi mereka pula dilangsungkan pada keesokan harinya di Kuala Lumpur.

Buat masa ini majlis di sebelah pihak Azwan di Sabah masih lagi didalam perbincangan.

Kata orang dulu-dulu, kalau hendak berkahwin ini pasti akan dilanda dengan pelbagai ujian. Eloklah kalau tidak berjumpa dahulu sehingga tiba masa untuk menikah. Semoga segala perancangan perkahwinan Ezzaty dan Azwan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...