Menurut Ezzaty, ada pihak yang menjaja cerita bahawa aktor tersebut mempunyai wanita lain dan perkara tersebut membuatkan beliau salah faham dan merasa tertekan.
Perkara itu terjadi bila ramai sangat yang berkata-kata tentang dia seperti kawan-kawan, pengikut Instagram, malah rakan wartawan turut bertanya mengenai wanita bersamanya. Secara tidak langsung ia mempengaruhi minda saya sehingga timbul salah faham tanpa mendengar penjelasan daripada Azwan terlebih dahulu.
Seperti pasangan lain, hubungan mereka pasti akan ada pasang surutnya, Ezzaty kini akui beliau dan Azwan sudah kembali berbaik.
Sekarang kami sudah baik semula, biasalah setiap pasangan sudah tentu ada dugaan, terutama apabila orang itu dikenali dan ramai akan bercakap tentang dia. Bagi saya, seorang yang dikenali perlu jaga batas agar orang lain tidak berkata-kata tentang mereka sehingga menimbulkan salah faham.
Sebolehnya kita letaklah kepercayaan kepada pasangan, orang ni kita tak tahu jika mereka ada niat baik ataupun jahat, kalau termakan hasutan mereka memang boleh sehingga cerai berai tu.