Pelakon dan pengacara, Ezzanie Jasni tampil memberi penjelasan selepas timbul dakwaan kononnya dirinya melakukan pelbagai prosedur kecantikan untuk mengubah wajah.
Menerusi entri di media sosial, Ezzanie dengan nada bersahaja menafikan perkara tersebut. Katanya, dia bukanlah wanita yang terlalu cantik seperti yang digembar-gemburkan, namun tidak pernah sekalipun “buat muka” atau mengubah wajah dengan cara melampau.
Tulisnya di Threads,
Eh kita ni takde la cantik mana. Tapi kalau cakap i buat muka, cocok-cocok ubah sana sini. Maap cakap ek, tak buat. Cucuk Rejuran yes la, siap awakk eyy fitnah kita.
Dalam masa sama, Ezzanie mengakui hanya melakukan rawatan Rejuran sahaja, iaitu sejenis suntikan kulit yang popular untuk membantu meremajakan wajah dan memperbaiki tekstur kulit.
Rata-rata peminat meninggalkan komen menyokong kenyataan Ezzanie, malah memuji sikap jujurnya dalam berkongsi tentang rawatan kecantikan yang dilakukan.