Ezlynn Sah Bercerai Talak Satu

Hiburan

Ezlynn Sah Bercerai Talak Satu

Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga dan timbulnya pelbagai kontroversi, akhirnya penyanyi Ezlynn sah bercerai talak satu dengan Adam Fahmy hari ini di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 pagi. Mereka berdua sempat bersalaman dan bermaafan sebelum Adam melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Noorbyetty Nasir.

Advertisement

Adam ketika ditemui pihak media selepas proses perceraian selesai memberitahu, beliau akan memfailkan nusyuz terhadap bekas isterinya itu bagi membuktikan segala tuduhan termasuk menceroboh kediaman milik mereka bersama adalah fitnah semata-mata. Malah, Ezlynn juga sudah mengingkari perintah untuk kembali taat kepadanya meskipun sudah menyerahkan surat tuntutan pada 15 Ogos lalu.

Demi menyelamatkan rumah tangga kami saya minta dia kembali taat dan berpindah ke rumah kelamin baru kami di Cheras tetapi ia tidak mengendahkannya.

Malah saya minta dia tidak lagi melakukan perkara-perkara tanpa izin dan di luar pengetahuan saya namun semuanya diabaikan. Dia juga tidak henti-henti menyebarkan fitnah tentang saya walaupun saya sudah menegurnya tidak boleh mengaibkan suami namun semuanya dilakukan untuk mendapatkan simpati masyarakat.

Dia telah melakukan pelbagai perkara dengan niat untuk mendapatkan dan mempercepatkan proses perceraian termasuk memutarbelitkan fakta kes dengan tujuan fitnah dan memburukkan dan menghina saya, suaminya sendiri.

Dalam pada itu, Ezlynn nampaknya tidak mahu mengulas lanjut mengenai tuntutan nusyuz tersebut. Ezlynn hanya meluahkan rasa syukur dan lega kerana kes perceraian beliau sudah selesai.

Sumber Berita & Foto : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...