Ezlynn Akui Dipanggil SPRM, Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Haram

Hiburan

Ezlynn Akui Dipanggil SPRM, Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Haram

Sebelum ini tular di media sosial mengenai sebuah dokumen yang mengaitkan Ezlynn dan seorang pelakon dengan seorang lelaki yang disyaki telah terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram yang kini diburu oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Enggan perkara berlarutan, Ezlynn yang ditemui media semalam ada mengesahkan mengenai berita di mana dia telah dipanggil SPRM untuk membantu siasatan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin)

Ujar Ezlynn, memang benar dia dipanggil SPRM dan telah pun tampil membuat kenyataan pada 19 Februari yang lalu.

Ini berikutan sebuah siasatan telah dijalankan terhadap pembabitannya dengan seorang lelaki yang telah terbabit dalam kegiatan haram.

Jelasnya lagi, dia telah menerima mesej daripada SPRM yang memintanya hadir untuk memberi keterangan.

View this post on Instagram

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin)

“Saya ikut arahan terbabit dan pergi ke sana bersendirian. Saya sudah memberikan kerjasama yang baik dengan SPRM. Setakat ini mereka kata saya tiada kena mengena dengan isu ini.”

Kata pemilik nama Azline Ariffin ini lagi, dia juga telah memaklumkan mengenai soal tidak pandai berniaga dan pihak berkuasa juga memahami bahawa kes tersebut tidak mempunyai kaitan dengannya.

“Mereka juga tanya sama ada saya ada terima wang tunai daripada individu terbabit dan saya jawab tiada..” jelasnya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin)

Menurut Ezlynn, namanya terpalit kerana dia yang memperkenalkan lelaki tersebut dengan pelakon tersebut namun tidak pasti sama ada SPRM telah memanggil pelakon itu untuk soal siasat.

“Saya akui kenal lelaki itu tapi tak tahu dia berniaga apa. Dia kenal saya melalui Instagram. Dia ajak saya berniaga tapi saya tak pandai. Sebab itu saya kenalkannya dengan pelakon itu kerana dia pandai berniaga. Selepas itu pelakon tersebut ada menghubungi saya untuk berjumpa tetapi saya sibuk.”

Ezlynn juga memberitahu bahawa pelakon tersebut pernah menghubunginya untuk berjumpa untuk beberapa kali namun kesibukannya dalam program Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 sebelum ini telah membuatkan dia gagal untuk berbuat demikian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...