Ezad Lazim Rakan Semula Lagu Rindu Hatiku Rindu, Mahu Bawa Lagu Tersebut Rentas Usia Dan Generasi

Hiburan

Ezad Lazim Rakan Semula Lagu Rindu Hatiku Rindu, Mahu Bawa Lagu Tersebut Rentas Usia Dan Generasi

Vokalis Kumpulan Exists, Ezad Lazim merakamkan semula lagu Rindu Hatiku Rindu kerana mahu menghubungkan pendengar dari dua generasi yang berbeza dengan gaya nyanyian dan emosi yang lebih matang.

Memetik dari Mstar, Ezad berkata walaupun versi asal nyanyian penyanyi cilik Tantari itu sudah cukup popular namun dia mahu membawa lagu itu merentasi usia dan generasi.

Advertisement

Versi asal lagu Rindu Hatiku Rindu itu mendapat sambutan hebat, ramai pendengar.

ezad lazim rakam lagu rindu hatiku rindu

Saya harap rakaman semula lagu ini dapat melebarkan lagi kelompok pendengar lagu hebat ini.

Penyanyi itu turut berkata elemen asal lagu tersebut masih dikekalkan dengan cara menyesuaikan dengan vokalnya yang lebih matang.

Proses rakaman semula lagu ini dilakukan dengan penuh teliti di mana saya bekerja rapat bersama penerbit untuk memastikan elemen asal lagu ini terpelihara.

Menurutnya, penyesuaian susunan muzik dan vokal membuatkan dia yakin versi baharu ini mampu memberi satu sentuhan relevan dengan cita rasa pendengar masa kini.

ezad lazim rakam lagu rindu hatiku rindu

Sekadar info tambahan, lagu Rindu Hatiku Rindu nyanyian Tantari dilancarkan pada 15 Februari lalu dan mencapai sembilan juta tontonan di aplikasi YouTube.

1 month ago

Terus Bangkit Lepas Perceraian, Cik Epal Terima Tawaran Jadi Duta Jakel - "Wow, Ini Betul Betul Mendoniaaa"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...