Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ezad Lazim Dan Isteri Dihubungi Polis Atas Dakwaan Dera Anak

Ezad Lazim

Penyanyi Ezad Lazim dan isteri dilaporkan telah dihubungi pihak polis akibat salah faham mengenai dakwaan melakukan penderaan terhadap anak bongsunya, Putera Muhammad Darwish,6, sehingga mengalami pendarahan teruk di kepala.

Ujar Ezad, dia ada dihubungi pihak berkuasa setelah menerima laporan daripada individu tidak diketahui dan menjelaskan bahawa ia hanya satu salah faham.

Advertisement

Ini berikutan tular video dan gambar anak lelaki mereka yang mengalami pendarahan sehingga menimbulkan spekulasi bahawa dia dan isteri telah melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Semalam tular video dan gambar anak lelaki kami mengalami pendarahan yang banyak di kepalanya. Seperti yang telah saya maklumkan semalam dalam media sosial, bahawa anak saya bergaduh sesama sendiri (dengan anak sulung).”

Penjelasan tersebut turut dimuat naik Ezad di laman Instagramnya dan dia dan isteri ada memohon maaf di atas kecuaian mereka menjaga anak-anak sehingga terjadinya perkara seperti itu.

Dalam pada itu, pelantun lagu Jesnita itu tidak keberatan untuk bekerjasama jika dia dan isteri dipanggil untuk disoal siasat dalam membantu siasatan terhadap laporan yang dibuat pihak tidak dikenali itu.

Advertisement

Difahamkan,anak bongsunya itu cedera di kepala setelah dipukul kakaknya, Puteri Rania Keisha,9, dengan penyangkut baju.

Darwish kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. tecit

    July 14, 2021 at 10:45 am

    aku pon penah main kejar2 dgn adik aku pastu aku takot aku pegi hantuk kan kepala die ke dinding. gigi kapak die patah separuh. smpai sekarang patah. kesian adik akuuu. huhuhuhut

  2. Anonymous

    July 12, 2021 at 1:02 am

    Emmm… Then macam mana video tu boleh viral? Masalah dekat Malaysia ni, some people are not even fit to become a parent. Contohnya macam jiran sebelah rumah ni. Hari-hari setiap malam marah anak (dia ibu tunggal & tinggal with parents die). Marah sebab anak dia lembab la, malas la, etc. Anak dia pulak melawan (budak tu 8 tahun). Hari-hari rasa nk report jek ke jabatan kebajikan rakyat. Tapi masalah dekat Malaysia ni, nak bukit la apa la. Dah ada bukti pun nak macam-macam lagi.

  3. Bunga Telang Biru

    July 11, 2021 at 1:03 am

    Hhmmm…. teringat kisah kecik2 dulu..my brother hantuk kepala my sister dgn mosquito spray sebab berebut nasi goreng…

    • Syaya

      July 11, 2021 at 7:09 am

      Zaman 80an dulu, abg my friend siap nak pukul my friend dgn parang, nasib baik sempat elak. Biasala bdk2 kecik bergaduh, kdg2 berlaku dgn cepat even dpn mata mak ayah.

    • anon

      July 11, 2021 at 11:36 pm

      sama laa, kecik kecik gaduh ngan sepupu, aku baling dia ngan batu sungai, kelepuk kena betul betul tang dahi…berdarah tak hengat..alaaaa, habuannya akau dapat batang penyapu atas belikat wei..biasalah budah kecik gaduh mana ada pikir bahaya ke tidak..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top