November 30th, 2012

Bekas penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim telah mengesahkan yang pertunangannya dengan pembantu peribadi Asliza Abdullah telah putus seminggu lepas.
Ezad yang kini berusia 33 tahun memberitahu mStar Online yang percintaan empat tahun mereka tidak sampai ke jinjang pelamin.

Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan perhubungan ini.

Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu…

Ezad dan Azliza bertunang 1 Jun lepas dan sepatutnya berkahwin Julai 2012. Walaupun ada khabar angin yang mengatakan pertunangan tersebut putus kerana pihak perempuan tidak bersungguh-sungguh, Ezad meminta agar tiada siapa yang dipersalahkan.

Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua.

Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal tentang hal ini.

Ezad turut mengakui sudah serik bercinta dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT sahaja selepas ini. Dia turut memberitahu akan memfokuskan kepada kariernya selepas ini.

Untuk makluman anda, hari ini ialah ulangtahun kelahiran Ezad yang ke 33. Semoga sukses selalu dari kami di BeautifulNara.com. Kredit gambar Fanpage Ezad Lazim FC.


28 responses to “Ezad Lazim Akui Putus Tunang, Sudah Serik Bercinta”

  1. badrol says:

    baru 33 tahun,muda lagi

  2. omaswati says:

    abg nara x wat entri NK dpt mesin basuh dari bekas suami ke??????????hahahaha lawak btol . . dpt mesin basuh pn nk kecoh

  3. Menyampah says:

    ezad ni tunang dh x ada…rambut pn mcm dh x ada..dh kurang…dh nk ke fasa BOTAK…

  4. Kepologi says:

    x jadi skg x apa jgn nti kalau dh kawin bercerai berai…

  5. gigi emas says:

    Kalau sekadar artis je macamana nak jaga anak orang? Sedarle barang semakin mahal, kalau tak de pelajaran dan kerja tetap jangan le nak gadaikan future dengan jantan macam ni….Cinta tak kemana……bagi pihak perempuan tahniah anda telah membuka peluang masa hadapan anda…harap2 carilah pasangan yg ada kerjaya supaya masa hadapan anda dan keluarga terjamin….

    • dora says:

      x baik ckp cmtu….dh takdir…..
      x kisah la kawin ngan sape pon, kalau Allah tuliskan dia akan bahagia maka bahagialah pasangan tu…x kira miskin or kaya dgn harta…terbukti ada je pasangan kurang berkemampuan hidup bahagia….sememangnya mereka miskin harta bnda wang ringgit, tp Allah kurniakan mereka kaya dgn ksh syg… :-)
      apa2 pon saya doakan yg terbaik buat semua.

    • Anonymous says:

      sy pn setuju….xsemestinya xblaja tinggi xboley nk sara ank org….

Loading...