Pelakon, Eyra Hazali berasa kesal apabila terdapat seorang individu yang mendoakan agar suaminya, Haziq Nadzli agar disimbah asid.
Menerusi satu hantaran yang dibuat di aplikasi X, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali menganggap ‘lawak’ yang dibuat oleh individu itu sebagai tidak kelakar kerana ia melibatkan nyawa dan karier suaminya sebagai seorang pemain bola sepak.
Walau bagaimanapun, individu itu sudah memadam hantaran tersebut selepas mendapat kecaman daripada netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut dan menasihati Eyra untuk membuat laporan polis.