Eyka Farhana & Nadia Aqilah Akui Tidak Susah Cari Keserasian Bersama Untuk Dukun Diva

Hiburan

Eyka Farhana & Nadia Aqilah Akui Tidak Susah Cari Keserasian Bersama Untuk Dukun Diva

Walaupun kali pertama digandingkan bersama, dua pelakon utama drama Dukun Diva iaitu Eyka Farhana dan Nadia Aqilah mengakui serasi bersama.

Eyka Farhana
2 years ago

"Kalau Diberi Peluang Satu Hari Nanti, Saya Nak Mengarah Atau Menerbitkan Filem" - Eyka Farhana

Advertisement

Menerusi drama arahan Ariff Zulkarnain itu, Nadia dan Eyka menjayakan watak ibu dan anak saudara yang sanggup berdepan apa sahaja demi mengejar impian mereka.

Menurut Nadia, dia tidak mempunyai masalah langsung untuk mencipta keserasian dengan Eyka sepanjang menjayakan penggambara drama tersebut.

Keserasian hanyalah perkataan lain bagi kasih sayang. Dan begitulah apa yang saya rasa terhadap Eyka.

Sementara itu, Eyka pula memaklumkan yang dia pada awalnya sangat gementar untuk melangkahkan kaki ke set [enggambaran Dukun Diva kerana tahu yang dia bakal digandingkan dengan pelakon yang lebih senior dan hebat.

Tipulah kalau saya cakap tak nervous… Bila tahu pelakon-pelakon Dukun Diva ni Nadia Aqilah, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemila dan Tony Yusoff, saya rasa ‘kecil’ sangat.

Namun begitu, Eyka mengakui tidak menyangkakan yang sememangnya sangat mudah bekerjasama dengan mereka semua yang tidak lokek memberinya tunjuk ajar ketika di lokasi penggambaran.

Eyka Farhana & Nadia Aqilah

Bercerita tentang keserasian bersama Nadia Aqilah, Eyka memberitahu yang mereka sudah boleh duduk bersembang sejak hari pertama bertemu dan mereka semakin rapat selepas itu.

Tambah Eyka, Nadia membawakan watak sebagai ibu saudaranya dalam drama tersebut dan chemistry antara mereka datang sendiri apabila mereka sudah ‘click’ bersama.

Sekadar info, drama Dukun Diva tersebut mempunyai 8 episod dan akan mula bersiaran 6 Disember ini di saluran Astro Citra pada setia Isnin, jam 9 malam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...