Pelakon, Eyka Farhana memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya meluahkan rasa teruja apabila menerima sejambak bunga ros daripada teman lelakinya, Akhyar Rashid.
Menerusi hantaran tersebut, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkongsi gambar bunga ros berwarna merah putih yang diberi pemain bola sepak itu sempena hari Valentine Day.
Bukan itu sahaja, Akhyar turut memberi kad ucapan yang bertulis ‘Sepanjang musim, sepanjang masa. Saya sayang awak sangat. Selamat hari V-day, baby princess.’
Bagaimanapun, rata-rata netizen telah memberi teguran kepada pasangan kekasih itu mengenai hukum menyambut hari Valentine yang haram disambut oleh orang beragama Islam.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut menasihati Eyka dan Akhyar agar tidak terlalu terikut dengan budaya barat yang menyambut hari Valentine memandangkan budaya itu bukan budaya orang Melayu pada asalnya.
Namun, ada juga beberapa rakan artis yang menyifatkan tindakan Akhyar itu sebagai satu perkara yang ‘sweet’ dilakukan untuk Eyka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.