Kerajaan telah memperkenalkan Menu Rahmah bagi meringankan beban individu atau keluarga daripada kategori B40.
Banyak pengusaha kedai yang menyambut baik usaha ini termasuklah jenama besar seperti Aeon, Mydin malah restoran fast food McD dan KFC juga perkenalkan Menu Rahmah bermula Mac.
Rakyat rata-ratanya suka dengan usaha baik ini kerana ia sudah tentu dapat membantu lebih ramai orang yang susah.
Namun, ada juga yang memperlekeh Menu Rahmah ini dan lebih mengejutkan lagi, individu itu merupakan seorang ahli politik.
Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan Exco Terengganu, Hanafiah Mat seperti tidak suka dengan makanan di dalam pinggan daripada Menu Rahman yang dipesan.
Menerusi video itu, dia berkata lauk yang disediakan ‘kering’ dan terus menuang air oren dari cawan ke dalam pinggan untuk dijadikan kuah.
Dia cuba nak perlekeh Menu Rahmah tapi sebenarnya telah menghina rezeki daripada Tuhan.”
YB Hanafiah Mat, Exco Terengganu, dia cuba nak perlekeh Menu Rahmah tapi sebenarnya telah menghina rezeki daripada Tuhan… pic.twitter.com/4VQukceKil
— Shahbudin Husin (@budinwmaju) March 3, 2023
Ramai netizen yang tonton video berkenaan kecam tindakan beliau kerana tergamak memperlakukan makanan sebegitu.
Ada yang mengkritiknya kerana tidak sensitif dengan kehidupan rakyat yang susah contohnya individu yang terpaksa makan nasi dan garam semata-mata.
Sesetengah individu pula mempersoal tentang ‘perangai’ yang ditunjukkan sebagai seorang pembangkang.
Takde mentaliti yang sihat sebagai pembangkang. Salty betul. Semua benda tak puas hati.”