Pejam celik pejam celik, bulan puasa kini amat hampir ke penghujungya. Pantas sungguh masa berlalu. Ini bermakna, tidak lama lagi, kita semua akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Yabedabedu!!! Seronoknya!!!
Balik ke kampung bukanlah satu perkara yang mudah. Mental dan fizikal kena kuat untuk menempuh kesesakan jalan. Silap-silap perjalanan balik kampung boleh memakan masa 13-14 jam. Kondisi badan kita kena berada di dalam keadaan tip-top. Amboi. Selain itu, anda juga perlu pastikan kenderaan balik kampung anda memiliki 7 benda ini untuk perjalanan yang lancar:-
1. Bonet kereta yang besar
Satu masalah utama apabila pulang ke kampung ialah bonet kereta yang tidak cukup besar untuk letakkan beg-beg baju raya kita. Sampai ada baju raya yang terpaksa ditinggalkan. Sedih!!!
Dengan Perodua Bezza, kesemua beg raya anda boleh dibawa pulang dengan mudah dan selesa. Siap boleh muat orang lagi kat dalam bonet.
Setakat 7, 8 beg tue memang tak ada masalah. Keluasan bonet Bezza memang mengkagumkan.
2. Tempat duduk yang mencukupi
Perjalanan balik kampung perlu selesa dan selamat lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Kebiasaannya akibat tidak cukup tempat duduk, si ibu akan meriba anak sepanjang perjalanan tersebut. Kadangkala satu tempat duduk akan dikongsi oleh 2 orang anak. Sebenarnya ini satu tindakan yang amat berbahaya, lebih-lebih lagi jika berlaku kemalangan.
Dengan 7 tempat duduk, Perodua Alza menyediakan ruang yang secukupnya untuk kesemua ahli keluarga kita. Anak-anak kecil akan selesa di tempat duduk masing-masing. Ibu bapa tenang duduk di hadapan tanpa perlu meriba anak-anak. Malah ada banyak ruang untuk diletakkan barang-barang pulang ke kampung. Anak-anak pun pasti gembira sebab tak rasa sendat. Pastinya perjalanan pulang ke kampung lebih selesa dan selamat bersama Perodua Alza.
3. Enjin yang jimat minyak
Tidak dinafikan persiapan menyambut Aidilfitri memakan perbelanjaan yang agak besar. Baju raya kena beli 2,3 pasang, duit raya kena disediakan, kasut raya kena ada dan macam-macam lagilah. Itu belum kira handphone baru, belanja awek baju raya dan sebagainya.
Jadi Abang Nara nak bagi satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan ialah ketika anda memandu kereta balik kampung. Selain memilih jalan yang tak ada tol, ada satu lagi cara paling mudah. Tak lain tak bukan ialah memandu Perodua Axia untuk perjalanan ke kampung.
Kenapa Abang Nara cakap naik Axia boleh jimat? Sebab enjin terbaru EEV Axia 1.0 liter dengan VVT-i boleh pergi sejauh 22.5km dengan 1 liter minyak untuk varian manual dengan pemanduan ‘eco’. Memang jimat sangat-sangat. Dapatlah berjimat cermat pulang ke kampung. Yeah!!!
Satu lagi perkara yang Abang Nara suka tentang Axia ialah saiznya yang kompak memudahkan kita parking di kampung kelak. Tak perlu berebut-rebut dengan adik-beradik dan sanak saudara yang lain. Selit je kat celah-celah pokok atau sebelah pagar rumah. Setel. Mudah, pantas dan jimat.
4. Sistem multimedia untuk hiburan sepanjang perjalanan
Kalau dah melekat dalam traffik jem berjam-jam ketika pulang ke kampung , memang boleh bosan, stress dan naik gila dibuatnya. Jadi untuk menghilangkan kebosanan tersebut, kereta kita kena ada sistem multimedia yang power. Lagi best kalau ia boleh disambungkan ke smartphone kita. Boleh layan lagu dalam playlist sambil menyanyi bersama.
Sistem multimedia di Perodua Axia pasti akan membuatkan anda tesenyum girang sekaligus melupakan segala kebosanan dan ke”stress”an melekat di dalam traffik jem. Kalau anda gunakan telefon Android, boleh buat sambungan dan tengok Waze kat skrin lagi. Memang power. Maklumat lanjut boleh baca di sini.
5. Memandu Myvi pulang ke kampung
Tahun ini adalah tahun ke 12 Myvi berada di samping kita . Untuk makluman, kini ada 950,000 Myvi dipandu di atas jalan. Banyak tue. Myvi adalah kereta ikonik yang telah memenangi hati setiap rakyat Malaysia, tak kira bangsa, tak kira tua muda dan tak kira miskin kaya. Myvi meman kereta untuk semua.
Sudah pasti selaku rakyat Malaysia, anda akan berasa bangga, gembira dan yakin apabila memandu Myvi untuk balik kampung berhari raya. Yang penting ciri-ciri keselamatan Myvi adalah tip-top dan mendapat pengiktirafan 4 bintang dari NCAP. Ruang di dalamnya pun amat luas untuk memastikan perjalanan balik kampung kekal selesa. Untuk makluman, sepanjang 12 tahun berada di pasaran, Myvi telah memenangi 22 anugerah termasuklah Frost & Sullivan, NST-COTY, Asian Auto, Auto Car, CIMB Auto World dan banyak lagi. Power kan?
Itulah 5 persiapan untuk kenderaan anda yang harus dilakukan sebelum balik ke kampung kelak. Anda ada persiapan lain? Boleh kongsikan di ruangan komen untuk tatapan bersama.
Dan untuk pelanggan Perodua yang sedia ada pula, kami mendapati pakej service Perodua amat berbaloi.
Sekarang ni, Perodua mengadakan pertandingan “Service & Win” untuk pemilik kenderaan Perodua. Boleh menang Perodua Axia Standard G (auto) baru! Syaratnya anda cuma perlu membelanjakan mininum RM300 semasa servis Perodua anda sebelum 30 Jun ini. Pergi sekarang!
Untuk mereka yang gemar Instagram, Perodua juga mengadakan kempen keselamatan jalan raya dengan hastag #MuhibahdDijalanraya dimana para peserta dikehendaki hantar gambar dan video janji keselamatan mereka untuk memenangi hadiah yang menarik.
Manalah tahu, penyertaan anda mungkin menjadi viral yang hebat. Kalau anda memerlukan maklumat yang lanjut boleh ke laman rasmi Perodua di sini
Apa-apa pun, selamat berpuasa dan selamat pulang ke kampung Abang Nara ucapkan.