Exchange 106; Bangunan Pencakar Langit Yang Bakal Mengatasi Menara Berkembar Petronas

Trending

Exchange 106; Bangunan Pencakar Langit Yang Bakal Mengatasi Menara Berkembar Petronas

Menjelang tahun hadapan, rakyat Malaysia pasti akan berasa bangga kerana bangunan pencakar langit tertinggi yang baru akan dijangkakan siap. Bangunan yang dimaksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan iaitu menara Exchange 106.

Advertisement

Dijangkakan menara ini akan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2018 dan hanya akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun yang sama. Dengan ketinggian 492.3 meter, ianya bakal meleburkan rekod bangunan tertinggi yang dipegang oleh Menara Berkembar Petronas dengan ketinggian 451.9 meter.

Bangunan pencakar langit ini masih lagi di dalam proses pembinaan, namun dilaporkan setakat ini ketinggiannya sudah mencapai tahap 450 meter. Proses pembinaan sudah mengambil masa sebanyak 19 bulan sejak ianya dimulakan pada Mei tahun lalu.

Menara yang dilokasikan di Tun Razak Exchange ini dibina oleh anak syarikat Mulia Group dari Indonesia dan ianya bukan sahaja tertinggi di Malaysia, akan tetapi juga di Asia tenggara. Menara ini dilaporkan mempunyai 106 tingkat dan 8 aras bawah tanah.

Namun begitu takhta Exchange 106 sebagai bangunan tertinggi di Malaysia mungkin tidak lama memandangkan bangunan Merdeka 118 PNB akan dijadualkan siap dibina menjelang 2019.

Merdeka 118 PNB adalah merupakan sebuah projek di bawah Permodalan Nasional Bhd. Dilaporkan bangunan itu akan mempunyai 118 tingkat dan ketinggian setinggi 600 meter. Ianya bukan sahaja bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, malah kelima tertinggi di dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...