‘Ex’ Staf JKM Dipenjara 468 Tahun, Didenda RM180 Juta Atas Kesalahan Pecah Amanah

Berita

‘Ex’ Staf JKM Dipenjara 468 Tahun, Didenda RM180 Juta Atas Kesalahan Pecah Amanah

Seorang bekas pembantu tadbir kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM180 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuching selepas didapati bersalah atas 36 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan jumlah melebihi RM16 juta, memetik Buletin TV3.

Tertuduh, Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja’afar, 38, menerima hukuman penjara 12 tahun bagi setiap pertuduhan namun kesemuanya diperintahkan berjalan serentak.

Advertisement
bekas staf jkm dipenjara 468 tahun seleweng duitSumber : The Borneo Post  

Dia juga dikenakan tiga sebatan serta tambahan tiga tahun penjara jika gagal membayar denda.

Kesalahan yang dilakukan antara tahun 2020 hingga 2022 melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM6,013,504.30, manakala kesalahan CBT sebanyak RM10,272,350.13 dilakukan antara 2019 hingga 2021.

Perbuatannya terbongkar selepas penyata gaji Mohd Zairull menunjukkan transaksi yang mencurigakan, dengan lebih RM4 juta dikreditkan ke dalam akaunnya. Dia dilaporkan bertanggungjawab bagi simulasi gaji jabatan tersebut di Sarawak.

Mohd Zairull yang pada awalnya meletakkan jawatan pada 31 Januari 2022, memendekkan tempoh notis dan mengundurkan diri pada 31 Disember 2021 selepas kesnya mula disiasat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fnb dan perhotelan sektor paling liat carum pekerja
1 week ago

“Pentingkan Diri, Tamak, Abaikan Pekerja” – PERKESO Dedah Majikan Sektor F&B Dan Penginapan Paling Liat Bayar Caruman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...