Ex Husband’ Kim Seri Ditahan Polis, Bekas Kakak Ipar Harap Serah Diri & Bertanggungjawab – “Dia Kena Hadap Benda Yang Kamu Buat”

Trending

Ex Husband’ Kim Seri Ditahan Polis, Bekas Kakak Ipar Harap Serah Diri & Bertanggungjawab – “Dia Kena Hadap Benda Yang Kamu Buat”

Bekas kakak ipar Kim Seri mendedahkan adik lelakinya iaitu bekas suami pempengaruh tersebut telah ditahan pihak polis berhubung siasatan berkaitan penipuan pakej pelancongan.

Menerusi TikTok @misstudung8, dia telah berkongsi perbualan di antaranya dengan Kim Seri ketika memaklumkan bahawa bekas suaminya telah ditahan.

Advertisement

Saya diam, adik saya diam selama ni. Tapi kalau sampai begini tahap penganiayaan dia terhadap bekas suami dia. Kami takkan diam.

Kim Seri dan suami baru

Ujarnya, pendedahan tersebut sekaligus memberi jawapan kepada persoalan ramai orang mengapa Kim Seri masih lepas dan bebas atas jenayah yang dilakukannya.

Bekas suami iaitu adik saya terpaksa tanggung segala jenayah dia asbab masa (kejadian) masih suami isteri. Adik saya bukakan akaun company SSM untuk dia (Kim Seri).

Berdasarkan perbualan tersebut, bekas suami Kim Seri dikatakan telah ditahan oleh Polis Johor semalam dan terdapat 47 kes yang dilaporkan berhubung penipuan itu.

Kim Seri

 

Harap Kim Seri bertanggungjawab

Bekas kakak ipar meminta agar Kim Seri bertanggungjawab dan serah diri agar bekas suaminya tidak perlu menanggung akibat daripada perbuatannya.

Kesian kat angah (bekas suami). Seri kena bertanggungjawab sebab Seri yang buat.

Tambahnya, sejak sebulan lalu bekas suami Kim Seri perlu ke balai polis dan tidak dapat bekerja.

Nak meniaga pun tak boleh. Dia nak mulakan hidup baru pun tak boleh. Harap Seri serah diri. Kalau nak bayar memang tak terbayar. Jangan jadikan angah mangsa hadap benda yang Seri buat.

@misstudung8Inilah jawapan kenapa Kimseri masih lepas bebas atas jenayah dia buat… bekas suami iaitu adik saya terpaksa tanggung segala jenayah dia asbab masa masih suami isteri adik saya bukakan akaun company ssm unk dia..dlm video dia sendiri mengaku bekas suami tak salah tapi dengan mangsa dia fitnah bekas suami kaw2 curi duit bagai.. Hanya Allah mengetahui segalanya.. ingat seri doa org teraniaya tu makbul♬ Doa Hajat – DJ Bombompret

kim seri bakal kahwin rakan bisnes, mualaf dari korea
2 weeks ago

Disindir Mahu Kahwin Sebelum Selesaikan Hutang, Kim Seri Anggap Bakal Suami 'Penyelamat' - "Dia Beri Modal Untuk..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...