Perkongsian pelakon jelita, Rita Nadira bersama seorang jejaka berjambang tampil mencuri perhatian ramai terutamanya peminat aktres berbakat itu.
Dalam video yang dimuat naik Rita di TikTok itu mengundang pelbagai spekulasi ramai yang pastinya beranggapan Rita kini dilamun cinta.
Difahamkan, Rita sedang bercuti bersama rakan-rakannya di Pulau Tioman, Pahang.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Rita segera bertemu jodoh dan perhubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin.
Namun ada juga yang menyangka lelaki itu merupakan bekas teman lelaki pelakon Kilafairy berdasarkan tanda di tangan.
Sebelum ini, Rita pernah digosipkan bersama penyanyi Chubb-E namun dia menafikan mereka berdua sedang berhubungan mesra.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.