Runsing betul bila nak beli produk kecantikan sekarang ini, banyak betul yang dimomokkan mengandungi bahan terlarang dan toksik. Macam mana nak cantik ni… nanti beria pakai tapi datang masalah pula di kemudian hari.
Produk yang bersih dan bebas kekejaman (cruelty-free) adalah trend sekarang! Bukan sahaja dapat tampil menawan, dalam masa yang sama, anda juga boleh melindungi wajah daripada kandungan kasar dan selamatkan haiwan daripada diuji.
Untuk pengetahuan, produk dianggap bersih biasanya tidak mengandungi bahan seperti sulfat, paraben dan kandungan bertoksik yang terbukti memberikan kesan buruk pada wajah anda.
Lagi pula, banyak produk kecantikan popular kini turut dilabel sebagai vegan. Apakah itu? Maksudnya ia 100% tidak mengandungi sebarang bahan yang didapati daripada haiwan.
Favful sedia membantu
Risau susah nak dapatkan produk kecantikan yang baik ini di Malaysia? Petik jari sahaja, anda boleh dapatkannya dengan mudah daripada laman Favful. Mahu sampai rambang mata apabila anda tatal puluhan produk popular yang bersih ini apabila berada di laman berkenaan.
Tak tahu nak mula gunakan produk yang dan perlukan rekomendasi? Jangan risau, kami ada sediakan senarai produk yang mungkin akan menarik perhatian anda. Serius!
1. Naturium Vitamin C Super Serum Plus
Serum semua-dalam-satu ini diformulasikan dengan banyak kandungan hebat seperti Vitamin C, Retinol, Hyaluronic Acid, Niacinamide, Salicylic Acid. Dengan satu produk ini sahaja, anda mampu miliki wajah yang cerah, licin, tegang dan nyah kedutan selain melindungi kulit daripada faktor persekitaran.
Tak perlu nak pening-pening beli banyak produk dengan berlainan kandungan, sebabnya Naturium Vitamin C Super Serum Plus pastinya akan menjadi penyelamat anda.
2. Versed Dew Point Moisturizing Gel Cream
Dew Point Moisturizing Gel Cream ini mengandungi ekstrak daun teh hijau yang bertindak sebagai anti-oksidan untuk melindungi kulit daripada pancaran UV. Lagi pula, jus daun Aloe merupakan pelembut yang bantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Tak cukup dengan itu, kandungan sodium hyaluronate di dalamnya pula akan menarik dan mencengkam air sekaligus membuatkan kulit kekal lembap.
Krim gel berfomula ringan ini didatangkan dengan tekstur jeli yang mampu menyerap ke dalam kulit anda dengan serta-merta. Sekali sapu, anda pasti akan berasa segar dan ianya langsung tidak melekit.
3. The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%
Produk dengan satu sahaja bahan di dalamnya juga merupakan trend yang menjadi kesukaan ramai kini. Malah The Ordinary merupakan ‘ratu’ yang dipercayai semua dek kepelbagaian produk hebat daripada mereka.
Antara yang menjadi rebutan peminat produk kecantikan ialah Niacinamide 10% + Zinc 1%. Ianya berhasil untuk mengurangkan penampakan cela untuk kulit yang lebih cerah dan bersih. Anda kena cuba!
4. Good Molecules Overnight Exfoliating Treatment
Dengar cerita produk Good Molecules sedang jadi rebutan kini? Betul! Antara produknya yang patut anda cuba ialah Overnight Exfoliating Treatment. Kulit kusam berubah menawan dek produk ini kerana kandungan AHA dan BHA di dalamnya. Ianya merupakan pembantu yang hebat bagi menyahkan sel kulit mati dan menghasilkan kulit yang lebih lembut.
Lagi best, produk ini mampuk menembus ke dalam ruang pori bagi membersihkan kotoran dan sebum berlebihan. Kulit berseri bukan lagi angan-angan dengannya.
5. Then I Met You Living Cleansing Balm
Living Cleansing Balm memang penyelamat dalam senyap untuk sesiapa yang mahukan kulit lembut dan licin dek kaya dengan kandungan minyak Seaberry. Padat dengan anti-oksidan daripada minyak Olive dan minyak Grapeseed, ianya juga akan membantu proses penghasilan sel pada kulit anda.
‘Alaaa.. tak kan produk penjagaan wajah sahaja? Nak alat solekan juga.’ Mesti ada yang berfikiran sebegini kan? Favful faham sangat dengan kehendak semua orang yang pentingkan imej diri, sebab itu anda boleh dapati juga pelbagai alat solekan berjenama yang bersih di lamannya.
6. Colourpop Crush Eyeshadow Palette
Sekali pandang, terus jatuh cinta lihat palette yang nampak mewah dengan warna terracotta monochromatic dan tembaga ini. Crush Eyeshadow Palette ini pasti akan menjadi dambaan anda dek pigmentasi dan teksturnya yang unik.
Mengujakan sebab ianya bebas kekejaman dan vegan malah ia dikhabarkan mampu bertahan dengan lama selepas dipakai. Ianya akan kelihatan matte dan berkilau selepas siap disapukan. Best kan?
7. Elf Cosmetics CC Cream
Alami pengalaman baru apabila anda menggunakan foundation daripada jenama ini. Elf Camo CC Cream ialah satu-satunya krim pembetulan warna kulit yang anda perlukan untuk capai warna natural dengan sepenuhnya. Mengandungi bahan seperti Niacinamide, Collagen, Peptides, Hyaluronic Acid, ia mampu melicinkan permukaan kulit anda sambil melindunginya dengan SPF30.
Kami faham perasaan anda, bukan senang nak mencari produk kecantikan yang bersih ini di Malaysia. Tapi dengan adanya laman Favful, bagaikan bulan jatuh ke riba. Apa sahaja jenama yang anda mahukan, pastinya akan dijumpai di sini. Tak perlu was-was kerana semua produk mereka adalah tulen. Fuhh lega!
Promo eksklusif buat pembaca Beautifulnara
Favful sentiasa pasang telinga dalam kalangan peminat produk kecantikan, sebab itu mereka pantas mendapatkan produk yang sedang trending. Dahsyat dan berdedikasi kan?
Istimewa buat anda semua, tiada yang pemurah melainkan Favful dan ehemm.. Beautifulnara okay. Kalau anda dah tak sabar untuk dapatkan produk yang disenaraikan ini dengan harga berpatutan, gunakan sahaja kod promosi NARARM10 ketika membeli-belah di laman berkenaan. Dapat RM10 diskaun tahu, yes! Dengan syarat, anda berbelanja minima sebanyak RM150 daripada katalog khas Favful ini bermula 3 Julai nanti.
Tidak hanya 7 produk ini, malah banyak lagi jenama kecantikan lain yang boleh didapati di Favful seperti Glow Recipe, Revolution, Sweet Chef, The Inkey List, Mad Hippie dan lain-lain. Pasti banyak antara jenama ini yang dah lama dicari tapi sukar dijumpai pada laman tempatan kan?
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh lawati laman Favful ataupun akaun media sosial mereka seperti Instagram dan Facebook.
Anda pasti akan berterima kasih selepas menggunakan produk kecantikan ‘bersih’ di Favful ini.