Memandangkan nama pelakon sensasi, Ruhainies sedang ‘panas’ di media sosial sekarang, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sering terlihat membuat konten bersama-sama aktres tersebut dan dimuat naik di media sosial miliknya. Hal tersebut telah meninggalkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
Masih membuat konten bersama
Sebelum ini, usahawan itu ada berkongsi sebuah temu mual bersama Ruhainies membahas tentang isu kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz. Kini, sebuah video baru dimuat naik mempromosikan beg tangan jenamanya bersama Ruhainies.
Cantik kan beg yang Ruhainies pakai..
View this post on Instagram
Dikritik netizen
Selepas video promosi itu dikongsikan di akaun Instagram milik Aliff Syukri itu, terlihat ruangan komen hantaran itu dibanjiri dengan kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan pemilihan artis untuk mempromosikan beg tangan usahawan itu.
Ada juga yang berpendapat, Aliff tidak sepatutnya ‘menunggang’ kontroversi Ruhainies itu kerana terlihat seperti menyokong tindakan aktres tersebut.
Maaf Datuk. Etika begini sangat sampah.
Okaylah unfollow dan boikot sebab suka guna manusia yang problem untuk promote barang. Dato dah cukup terkenal dah tapi masih guna taktik kotor macam ni. Sorry saya unfollow.
Semua maksiat dia support.
Maaf Dato sekali dua buat begini. Orang boleh lupakan. Ni berkali-kali pilih yang mcm ni. Menyokong orang yang meruntuhkan rumah tangga orang is not funny Dato.
Sebelum ini, aktres Ruhainies telah tampil menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa bersama Aliff Aziz setelah ditangkap khalwat di kondominium miliknya. Selain itu, dia juga berharap hubungan Aliff dan isterinya, Bella dapat diselamatkan.