Estetika Mutiara Rococo Perancis, Smartphone Terbaru HUAWEI Miliki Kamera Telefoto Terbaik

Branded

Estetika Mutiara Rococo Perancis, Smartphone Terbaru HUAWEI Miliki Kamera Telefoto Terbaik

HUAWEI dikhabarkan akan melancarkan smartphone terbaru keluaran mereka, HUAWEI P60 Pro pada 11 Mei ini. Jom kami kongsikan apa ciri menarik HUAWEI P60 ini yang pasti buatkan peminat jenama ini ternanti-nanti pelancarannya.

3 kamera belakang terunggul

huawei p60 pro camera

Model HUAWEI P60 Pro ini didatangkan dengan 3 kamera belakang termasuk kamera utama Ultra Lighting beresolusi 48 megapixel, kamera ultra lebar 13 megapixel dan lensa Lighting Telephoto Ultra Lighting. 

Apa yang istimewanya lensa Telephoto ini adalah ianya adalah kamera telephoto terbaik untuk situasi rendah cahaya dalam pasaran smartphone semasa.

Selain itu, HUAWEI P60 Pro ini juga dipertingkatkan dengan antara muka kamera terbaru dengan zoom ring kamera serba baharu beserta Quick Menu untuk kawalan kamera lebih mudah.

huaweip60proshot

huawei p60 pro shot

huawei p60 pro

Rekaan Mutiara Rococo yang pertama

Uniknya model HUAWEI P60 Pro ini adalah rekaannya didatangkan dengan inspirasi varian warna Mutiara Rococo. Mutiara Rococo adalah sejenis mutiara yang ditemukan di Perancis pada abad ke-18.

Setiap smartphone HUAWEI P60 Pro ini adalah unik dan berbeza, sesuai menjadi fashion statement penggunanya. Memang style!

Paparan Kaca Kunlun Quad-curved

huawei p60 pro kunlun glass

Bukan hanya rekaan mutiara pertama dalam industri, model ini juga didatangkan dengan Kaca Kunlun. Ini merupakan kualiti kaca dari Switzerland bertaraf 5 bintang yang dilengkapi ciri rintang jatuh atau skrin 10 kali ganda lebih tahan. Kalau terjatuh pun tak risau rosak, kena belanja banyak untuk baiki.

Terbina dengan paparan quad-curved, model ini menjadi kurang berbucu dan ruang penglihatan lebih luas dan mengasyikkan. Nak pegang pun lebih selesa di genggaman.

Bateri tahan lama

huawei p60 pro battery

Model ini mempunyai bateri dengan kapasiti 4815mAh yang tahan untuk seharian. Bateri berkapasiti besar, mesti lama nak cas? Jangan risau kerana peranti ini menyokong teknologi 8W HUAWEI SuperCharge. Dalam 10 minit je, 50% bateri dapat dicas. Kejap je kan?

Apps kini di AppGallery

huawei app gallerySumber : Copyright 2023. All rights reserved.  

Sekarang, segala app kegemaran korang boleh didapati dan dipasang menerusi AppGallery, tak perlu risau lagi. Semua pun ada di sana.

Kenapa kena miliki HUAWEI P60 Pro?

HUAWEI P60 Pro adalah model smartphone mesti milik ketika ini kerana bukan sahaja menawarkan ciri estetika dan rekaan menawan, malahan prestasi kamera, storan dan jangka hayat bateri juga adalah yang terbaik bagi mereka yang inginkan teknologi terkini.

Pra-pesan HUAWEI P60 Pro sekarang!

huawei p60 preorder

Berminat untuk miliki HUAWEI P60 Pro? Pra-pesan sekarang pada harga RM4,699 dan dapatkan hadiah bernilai sehingga RM1,460 (HUAWEI Online) dan RM1560 (HUAWEI Experience Store). Pra-pesan sekarang di HUAWEI Experience Store berhampiran, Laman rasmi HUAWEI, serta HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada. Boleh juga buat pra-pesan menerusi Senheng serta senQ berdekatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...