Gergasi kosmetik berjenama, Estee Lauder dilaporkan bakal membuat satu sesi photoshoot yang cukup berbeza.
Menurut laporan dari Bloomberg, syarikat kosmetik tersebut telah membayar sejumlah USD128,000 (~RM533,400) untuk menerbangkan 10 botol produk Advanced Night Repair mereka ke International Space Station (ISS) semata-mata untuk sesi photoshoot tersebut.
Menurut NASA, mereka juga mengenakan cas USD17,500 (~RM75,000) sejam.
Gambar-gambar yang diambil bakal digunakan di laman sosial rasmi mereka yang mencapai kira-kira 4 juta pengikut setiap bulan di Instagram.
Tambah mereka lagi, satu antara 10 botol yang diterbangkan akan dilelongkan untuk tujuan amal.
Pada Jun 2019, NASA telah mengumukan secara rasmi hasrat mereka untuk membuka ISS kepada space tourist and juga untuk tujuan aktiviti komersial.