“Esok Saya Single, Habis Iddah Beratur..” – Siti Jamumall Tak Serik Berkahwin Jika Ada Jodoh

Hiburan

“Esok Saya Single, Habis Iddah Beratur..” – Siti Jamumall Tak Serik Berkahwin Jika Ada Jodoh

Usahawan sensasi dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall, mengakui masih menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga lagi, meskipun sudah dua kali melalui episod perceraian.

Menerusi satu video temu bual bersama Astro Gempak yang dimuat naik ke TikTok, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, berkata buat masa ini dia belum bersedia untuk membuka hati kepada mana-mana lelaki kerana masih dalam tempoh iddah.

Advertisement

Saya tak nak buka hati saya dekat sesiapa sebab masih dalam iddah. Tapi kalau saya dah bujang nanti, okay goodluck. Saya muda lagi kan, saya nak kahwin lagi.

Menurut Siti, dia percaya perkahwinan mampu membawa kebahagiaan jika masing-masing saling menghargai. Namun begitu, dia turut mengakui kesilapan dalam perkahwinan terdahulu mungkin berpunca daripada dirinya yang ketika itu belum cukup menghargai nilai diri sendiri.

Sebenarnya, ada orang yang tak menghargai benda percuma. Sebab itu wanita kena hargai diri sendiri. Sebab tu ibu bapa susah nak lepaskan anak berkahwin. Mereka nak pastikan lelaki itu betul-betul hargai anak mereka. Kadang-kadang benda yang senang dapat, senang juga buang.

Terdahulu, perkahwinan Siti bersama suami keduanya, Khairul Aiman Abdul Kudus, menjadi perhatian apabila dia diceraikan secara terbuka dalam sesi siaran langsung di TikTok. Difahamkan, ini merupakan kali kedua mereka bercerai selepas sempat rujuk semula.

siti jamumall

Untuk rekod, Siti pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada tahun 2019 sebelum bercerai selepas tiga tahun bersama. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.

Siti kemudian bernikah dengan Aiman dalam sebuah majlis tertutup di Satun, Thailand, pada Jun 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pepnghantar makanan
2 hours ago

"Anda Nak Bukti? Saya Bagi Bukti" - 'Rider' Penghantar Makanan Beli Rumah RM1.4 Juta, Pernah Peroleh RM19K Sebulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...