Esok PKPB, Netizen Bimbang Nasib Penduduk Di Seremban Yang Dilanda Banjir

Trending

Esok PKPB, Netizen Bimbang Nasib Penduduk Di Seremban Yang Dilanda Banjir

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh daerah Seremban di Negeri Sembilan selama 14 hari bermula 5 November iaitu Khamis ini hingga 18 November depan.

Namun segalanya seakan penuh tragis apabila daerah tersebut khabarnya ditimpa banjir kilat sejak 12.30 malam tadi.

Advertisement

Kawasan terjejas ialah Taman Happy dan Kampung Datuk Mansor di Rasah; Blok C Ampangan, Taman Bukit Chedang, Kampung Batu Tiga Mambau, Taman Angsamas dan Kampung Linsum, Kampung Kuala Sawah serta Siliau di Rantau.

Namun demikian, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seremban, Lt (PA) Mohd Najib Abd Karim, kawasan yang paling teruk terkesan adalah Taman Happy, Kampung Datuk Mansor dan Kampung Batu Tiga kerana air naik lebih dua meter.

Katanya, ia merupakan banjir kilat paling teruk yang pernah melanda di situ susulan limpahan air dari Sungai Temiang dan Sungai Linggi menyebabkan sebahagian kenderaan penduduk hampir tenggelam.

Rentetan kejadian, meninjau ke laman Twitter, rata-rata warganet dilihat tidak terlepas menzahirkan rasa bimbang dan prihatin terhadap nasib penduduk di situ.

Hal ini kerana, esok merupakan tarikh di mana kawasan tersebut akan dikenakan PKPB dan dilihat seakan serentak dengan bencana yang melanda mereka di sana.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama banjir besar melanda kawasan perkampungan itu sejak 20 tahun lalu.

Sumber: Harian Metro 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...