Berita baik untuk penggemar buku di Malaysia kerana Eslite Bookstore dijangka akan membuka cawangan pertama Malaysia di Kuala Lumpur. Untuk makluman, Eslite adalah salah satu rantaian kedai buku terbesar di Taiwan dengan 48 outlet di negara itu sahaja. Pelancaran di Kuala Lumpur kemungkinan akan menjadi outlet Eslite pertama di Asia Tenggara.
Eslite membuka kedai buku pertamanya pada tahun 1989 oleh Robert Wu Ching-Yu dan pada mulanya menjual buku mengenai seni dan kemanusiaan sebelum berkembang kepada lebih banyak genre. Selepas satu dekad kemudian, syarikat itu mula beroperasi 24 jam sehari menjadikannya salah satu daripada beberapa rantaian kedai buku di dunia yang dibuka sepanjang masa.
Selain Taiwan, Eslite Bookstore juga terdapat di Suzhou, Shenzhen, Jepun dan Hong Kong di China. Walaupun lokasi sebenar di Malaysia masih belum didedahkan, laporan mengatakan bahawa ia mungkin akan dibuka di KL City Center dan dianggarkan berkeluasan 3300-6600 meter persegi.
Tarikh pelancaran sepatutnya berlaku pada tahun 2021 tetapi dengan keadaan COVID-19 ini ianya mungkin akan dilanjutkan jika keadaan tidak mengizinkan.
Dengan lambakan pusat membeli-belah baru di Lembah Klang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mempunyai kedai buku yang dibuka 24 jam ini pastinya berita yang menggembirakan ramai. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mengenai pembukaan cawangan Eslite Bookstore di Malaysia.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.