Pelakon, Erysha Emyra akui dia tiada masalah jika ibunya, Datin Seri Noniswara mahu menamatkan zaman solo setelah setahun kematian suami, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad pada Oktober tahun lalu.
Pelakon itu berkata dia dan adik-beradiknya tidak akan menolak takdir atau menyekat kehendak ibunya jika serius ingin kembali bergelar isteri.
Sekiranya memang ibu saya ingin berkahwin semula, pastilah saya setuju. Lagi pun di dunia ini, siapa kita yang ingin menolak takdir.
Kalau sudah sampai jodohnya, ada yang datang melamar dan ingin menjaga dia dengan baik, insya-Allah siapa kita untuk menolak.
Tetapi, pastikan anak-anak dapat kenal dahulu, bawa dia berjumpa dengan keluarga dan kita akan duduk bersama berbual. Sekiranya kami rasa baik dan okey, teruskan saja (berkahwin).
Ibu pernah tolak lamaran beberapa lelaki
Erysha atau nama lengkapnya Erysha Emyra Zakaria berkata, dia juga tidak tahu tentang pendedahan ibunya menolak lamaran beberapa lelaki sebelum ini. Perkongsian itu mungkin salah satu cara ibunya mengisi kesunyian tanpa suami di sisi.
Saya tidak perasan perkongsian itu. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu komen banyak, tapi saya tahu mungkin hatinya masih sedih. Kadang-kadang dia telefon anak-anak, kata rasa sunyi.
Sebab sebelum ini dia memang selalu luangkan masa dengan suaminya. Sekarang dia cuba untuk sibukkan diri dengan habiskan masa dengan anak dan kawan-kawan takpun dia sibukkan diri dengan buat kerja di rumah.
Menurut HibGlam, Erysha turut memberitahu ibunya kini sedang melalui fasa berbeza dan menyesuaikan diri dengan perubahan kehidupan baharu.
Kami ada la berkongsi cerita. Dia cerita dekat saya macam mana perasaan dia sekarang. Saya dia perlukan masa sebelum benar-benar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kehidupan baharu.
Sebelum kita tahu dia pernah bercerai, tetapi kali ini dia kehilangan suami disebabkan kematian. Jadi itu dua perkara berbeza dan bagi saya dia akan menyesuaikan diri dengan situasi baharu itu.