Erra Fazira Tertekan Hubungan Baik Bersama Engku Emran Disalah Anggap

Hiburan

Erra Fazira Tertekan Hubungan Baik Bersama Engku Emran Disalah Anggap

Mereka sudah lama berpisah, namun Erra Fazira dan Engku Emran tidak bermusuh dan masih lagi mesra bersama ketika menyambut ulangtahun kelahiran anak mereka Engku Aleesya yang ke 6.

 Tetapi, ramai pihak yang telah salah tafsir kemesraaan mereka dan hal ini membuatkan Erra sedikit tertekan kerana ramai mahu mereka kembali sebagai suami dan isteri. Buat Erra, hubungan mereka adalah semata-mata demi membesarkan anak mereka.

Advertisement

Saya akui ada sedikit tertekan bila apa yang kami lakukan disalah anggap oleh segelintir masyarakat. Kami masih berbaik adalah semata-mata demi Aleesya dan bukan untuk hidup bersama kembali (sebagai suami-isteri).

Orang ramai tidak tahu kenapa kita berpisah, ia sudah tentu kerana ada sebab tertentu dan bukan suka-suka.

Erra sebenarnya ingin mengubah pemikiran masyarakat bahawa pasangan yang sudah bercerai tidak semestinya bermusuh dan boleh mengekalkan hubungan sebagai teman untuk menjaga anak-anak.

Saya mahu mengajar dan menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya yang turut melalui perkara seperti ini untuk berbaik demi anak mereka.

Alhamdulillah, ramai juga yang beri reaksi positif dan nampak apa yang cuba saya sampaikan daripada melihat ia sebagai berbaik untuk kembali sebagai suami isteri.

Jelas Erra lagi, beliau akan meneruskan perhubungan tersebut walaupun jika kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing suatu hari nanti.

Kami setuju dengan kenyataan Erra Fazira, ini kerana jika pasangan yang bercerai tentu sekali anak-anak yang akan menjadi mangsa.  Jadi lebih baik untuk kita tidak bermusuh diantara satu sama lain demi kebaikan anak-anak.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...