Tetapi, ramai pihak yang telah salah tafsir kemesraaan mereka dan hal ini membuatkan Erra sedikit tertekan kerana ramai mahu mereka kembali sebagai suami dan isteri. Buat Erra, hubungan mereka adalah semata-mata demi membesarkan anak mereka.
Saya akui ada sedikit tertekan bila apa yang kami lakukan disalah anggap oleh segelintir masyarakat. Kami masih berbaik adalah semata-mata demi Aleesya dan bukan untuk hidup bersama kembali (sebagai suami-isteri).
Orang ramai tidak tahu kenapa kita berpisah, ia sudah tentu kerana ada sebab tertentu dan bukan suka-suka.
Erra sebenarnya ingin mengubah pemikiran masyarakat bahawa pasangan yang sudah bercerai tidak semestinya bermusuh dan boleh mengekalkan hubungan sebagai teman untuk menjaga anak-anak.
Saya mahu mengajar dan menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya yang turut melalui perkara seperti ini untuk berbaik demi anak mereka.
Alhamdulillah, ramai juga yang beri reaksi positif dan nampak apa yang cuba saya sampaikan daripada melihat ia sebagai berbaik untuk kembali sebagai suami isteri.
Jelas Erra lagi, beliau akan meneruskan perhubungan tersebut walaupun jika kedua-dua mereka mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing suatu hari nanti.
Kami setuju dengan kenyataan Erra Fazira, ini kerana jika pasangan yang bercerai tentu sekali anak-anak yang akan menjadi mangsa. Â Jadi lebih baik untuk kita tidak bermusuh diantara satu sama lain demi kebaikan anak-anak.